VISI TUNKU MAHKOTA ISMAIL LONJAK JENAMA JDT KE PELBAGAI ENTITI SUKAN
Jenama Johor Darul Ta’zim (JDT) kini bukan lagi sekadar sebuah kelab bola sepak yang mendominasi saingan tempatan dan rantau Asia, malah telah berevolusi menjadi sebuah empayar sukan yang disegani. Berpegang kepada slogan ‘Luaskan Kuasamu Johor’, kejayaan jenama Harimau Selatan melebarkan sayap ke dalam pelbagai disiplin sukan berprestasi tinggi membuktikan bahawa acuan pengurusan sukan […]
