TAHAP KUALITI PERLU DITINGKATKAN : MENTERI BESAR JOHOR


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ditemani Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Dato’ Asman Shah Abdul Rahman meninjau keadaan jalan di situ. | Foto ihsan Facebook Onn Hafiz Ghazi

 

ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegur tahap kualiti jalan raya di negeri ini, yang telah selesai dibaik pulih.

 

Menurutnya, walaupun kerja baik pulih sudah mula selesai dalam tempoh ditetapkan, namun terdapat jalan raya tahap kualitinya perlu ditingkatkan.

 

“Saya telah meminta agar kerja-kerja baik pulih di beberapa kawasan Jalan Pasir Gudang terutamanya di simpang empat depan stadium dilakukan segera demi keselesaan dan keselamatan pengguna jalan tersebut.

 

“Saya percaya pihak syarikat sewajarnya dapat memberikan hasil kerja yang lebih baik demi kesejahteraan pengguna laluan tersebut,” kata beliau di Facebook rasminya, semalam.

 

Terdahulu, Menteri Besar Johor ditemani Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Dato’ Asman Shah Abdul Rahman meninjau keadaan jalan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan itu.

 

Onn Hafiz turut merakamkan penghargaan kepada Asman serta Pengerusi Jawatankuasa Keraja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh.

 

“Terima kasih Datuk Bandar MBPG, YB Dato’ Asman Shah Abdul Rahman yang sudi turun padang bersama saya. Terima kasih juga YB Fazli Salleh yang terus memantau jalan-jalan di Johor,” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor