WAFI & WAFA, TEMAN BAHARU ANAK-ANAK JOHOR


Watak ‘Wafi & Wafa’ akan menjadi karakter utama dalam siri buku pembelajaran kanak-kanak yang diterbitkan oleh Kerajaan Johor. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Anak-anak di Johor bakal mempunyai teman baharu tidak lama lagi apabila watak ‘Wafi & Wafa’ akan menjadi karekter utama dalam siri buku pembelajaran kanak-kanak yang diterbitkan oleh Kerajaan Johor sebagai inisiatif dalam menyemai nilai jati diri serta elemen budaya, selain menyokong perkembangan kanak-kanak yang lebih menyeluruh merangkumi fizikal, kreativiti dan estetika.

 

Buku Cilik Jauhar yang memberi fokus utama kepada kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah itu bertujuan merangsang perkembangan minda melalui aktiviti pembacaan yang menyeronokkan dan mudah difahami dengan terbitan 12 jilid secara keseluruhan, selain ia turut sarat dengan elemen budaya dan identiti Johor.

 

Menurut Rozalina Omar, Ketua Unit Kajian dan Penyelidikan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT), kandungan buku ini disusun berdasarkan modul Jauhar dan Permata serta turut mendapat kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC).

 

Tunjang utama karakter ‘Wafi dan Wafa’, Khairil Izre Busu tidak menyangka hasil karya yang diilhamkan daripada wajah anaknya itu dipilih sebagai pemenang pertandingan mencipta karakter kartun anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) untuk menghiasi halaman Buku Cilik Jauhar.

 

Melalui pendekatan ini, buku tersebut bukan sahaja akan berfungsi sebagai medium pendidikan, malah berupaya menjadi jambatan yang menghubungkan kanak-kanak untuk mengenali Negeri Johor menerusi elemen yang lebih kreatif dan interaktif.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor