WARGA SEKTOR PENDIDIKAN KHAS TERIMA PENGIKTIRAFAN
#JohorBahru – Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) menganjurkan Majlis Apresiasi Pendidikan Khas Negeri Johor Tahun 2024 sebagai penghargaan dan pengiktirafan atas sumbangan serta kecemerlangan warga sektor pendidikan khas di negeri ini.
Antara pengiktirafan yang disampaikan adalah Anugerah Tokoh Murid Berkeperluan Pendidikan Khas, Anugerah Tokoh Guru Pendidikan Khas, Anugerah Sekolah (Program Pendidikan Khas Integrasi) dan Anugerah Kepimpinan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
Bagi Tc. Ts. Mohd Shahriman Jailani, Guru Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) Vokasional Indahpura, Kulai menzahirkan rasa syukur atas pengiktirafan sebagai Tokoh Guru Pendidikan Khas kategori Guru Senior Lelaki.
Sepanjang menjadi tenaga pengajar bagi kursus Penerbitan Meja di sekolah berkenaan, beliau akui berhadapan dengan cabaran tersendiri yang memerlukan tahap kesabaran dan sifat empati tinggi dalam mengajar anak didik berkeperluan khas.
Sementara itu, R. Sumathi dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Masai, Pasir Gudang yang menerima Tokoh Guru Pendidikan Khas kategori Guru Inovatif akui tugas mendidik murid berkeperluan khas memerlukan tenaga secukupnya kerana setiap pelajar menuntut keperluan, perhatian dan pendekatan berbeza.
Terdahulu, YBhg. Puan Nor Haliza Saibun, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Sektor Pendidikan Khas) Jabatan Pendidikan Negeri Johor selaku wakil rasmi Pengarah Pendidikan Negeri Johor hadir ke Majlis Apresiasi Pendidikan Khas Negeri Johor Tahun 2024 di Toppen Shopping Centre, hari ini.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#TepatSahihPantas
#MajuJohor