ZOO JOHOR DIBUKA KEPADA UMUM OGOS INI


Zoo Johor akan kembali beroperasi Ogos depan. | Foto Zoo Johor

 

Susulan isu luar jangka berlaku ketika kerja-kerja menaik taraf Zoo Johor bagi fasa satu, zoo berusia hampir 100 tahun akan kembali dibuka Ogos depan berbanding jadual asal pada hujung bulan ini.

 

Isu yang dikenal pasti adalah tangki najis haiwan sedia ada disalurkan terus ke kolam takungan utama, runtuhan tembok kolam takungan serta sistem pendawaian dan perpaipan yang usang.

 

Justeru, Kerajaan Negeri sudah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM1.1 juta bagi menyelesaikan kesemua isu luar jangka terbabit yang melibatkan pembinaan tangki najis persendirian setiap kandang haiwan, baik pulih tembok serta penggantian sistem pendawaian dan perpaipan.

 

Selain itu, Zoo Johor yang menjanjikan harga tiket kemasukan zoo paling murah di Malaysia dan rantau ini, juga akan dilengkapi sistem tiket pintar yang kini sedang dibangunkan.

 

Sebelum ini, kerja-kerja menaik taraf Zoo Johor melibatkan kos kira-kira RM7 juta bagi memberi keselesaan kepada pengunjung turut menerima peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor