48,426 CALON DUDUKI SPM BERTULIS DI JOHOR


Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Keseluruhan seramai 48,426 calon menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 di 364 pusat peperiksaan melibatkan 301 sekolah di Negeri Johor yang bermula pada hari ini hingga 7 Mac 2024.

 

YBrs. Tuan Haji Azman Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) memberitahu aspek pengurusan dari segi kemudahan dewan dan bilik peperiksaan di peringkat negeri ini, juga berada dalam keadaan baik.

 

Terdahulu, beliau mengadakan kunjungan sempena Hari Pertama Peperiksaan Bertulis SPM Tahun 2023 di Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru, yang menyaksikan seramai 148 calon sekolah tersebut menduduki peperiksaan berkenaan bermula dengan kertas Bahasa Melayu 1, pagi tadi.

 

Turut hadir, Ybrs. Tuan Haji Anuar Sukiran, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Johor serta Ybrs. Tuan Haji Saliman Selamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan JPN Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor