KPM SIAP SIAGA HADAPI BANJIR KETIKA SPM BERLANGSUNG


YBrs. Azman Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) memaklumkan sebanyak 58 pusat peperiksaan dikenal pasti berhadapan risiko banjir. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan kejadian banjir dalam tempoh berlangsungnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023.

 

YBrs. Azman Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) memaklumkan taklimat pengurusan, pengendalian dan keselamatan peperiksaan awam sudah diadakan pada tahun lalu, sebagai langkah persediaan.

 

Sebanyak 58 pusat peperiksaan dan laluan ke pusat peperiksaan di negeri ini, dikenal pasti berhadapan risiko banjir. Selain itu, 18 pusat peperiksaan di enam daerah iaitu Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Segamat, Kulai dan Tangkak dikenal pasti sedia dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

 

Bagaimanapun, setakat hari pertama peperiksaan bertulis SPM Tahun 2023, hari ini, perjalanan dan pengurusan peperiksaan di seluruh negara termasuk Negeri Johor adalah berjalan lancar.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor