56 PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR TERBABIT ROMBAKAN JAWATAN


Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani.

 

ISKANDAR PUTERI — Seramai 56 Pegawai Tadbir Negeri Johor terlibat dalam rombakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikutan persaraan wajib dan pertukaran pegawai kanan.

 

Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani berkata, surat pertukaran kepada 56 Pegawai Tadbir Negeri Johor itu telah diserahkan di pejabatnya di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, semalam.

 

Menurut beliau, pertukaran yang berkuatkuasa hari ini, susulan persaraan wajib Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ) dan beberapa pegawai kanan kerajaan lain.

 

“Jawatan Pengarah JAIJ bakal diisi oleh Jamaludin A. Hamid yang kini sedang memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah Kluang. Sementara itu, Pegawai Daerah Johor Bahru, Dato’ Abdul Rahman Salleh akan bertukar ke Perbadanan Islam Johor (PIJ) sebagai Pengurus Besar.

 

“Menggantikan tempat beliau pula ialah Muzaldin Mohamed yang kini bertugas sebagai Pengurus Besar PIJ,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

 

Beliau memberitahu Pengurus Besar PIJ Holdings Sdn. Bhd., Abdul Rashid Ismail akan menggalas tugas jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Special Water.

 

Manakala Pengarah Eksekutif PIJ Plantation Sdn. Bhd., Md Asri Amir akan menggantikan jawatan ditinggalkan Abdul Rashid.

 

Setiausaha Kerajaan Johor memaklumkan bagi jawatan Pegawai Daerah Kluang pula, kekosongan akan diisi Pegawai Daerah Pontian, Mohd Rafi Abdullah.

 

Kata beliau, Zainal Eran yang kini bertugas sebagai Jurutulis Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor dilantik sebagai Pegawai Daerah Pontian baharu.

 

“Manakala Pegawai Daerah Muar, Dato’ Mustaffa Kamal Shamsudin ditukarkan ke Jabatan DiRaja Johor sebagai Pengelola Bijaya DiRaja. Kekosongan jawatan beliau akan diisi oleh Hasrin Kamal Hashim, Pegawai Daerah Segamat.

 

“Manakala Mohd Masni Wakiman yang kini bertugas sebagai Timbalan Pengarah (Pengurusan) Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Hasrin Kamal,” kata beliau.

 

Selain itu, beliau berkata, Mohd Riduan Md Ali yang kini bertugas sebagai Pengarah Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) akan ditukarkan ke Syarikat Air Johor Sdn. Bhd. sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

 

Manakala jawatan Mohd Riduan sebelum ini akan disandang Natazha Hariss sebagai Pengarah BAKAJ yang baharu. Turut bertukar adalah Fizwan Mohd Rashidi yang akan bertugas sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan.

 

“Turut terlibat di dalam pertukaran kali ini ialah Mohd Farid Kassim yang bertugas sebagai Jurutulis Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor dan Rozamusliadi Roslan yang sebelum ini bertugas sebagai Pengurus Kanan PIJ Holdings Sdn. Bhd. dilantik menjadi Pengarah Eksekutif PIJ Plantations Sdn. Bhd,” kata beliau.

 

Bagi pertukaran melibatkan Pegawai Tadbir Negeri Johor di dalam Pentadbiran Tanah Johor, Setiausaha Kerajaan Johor memaklumkan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, Norliyati Md Nor akan bertukar menjawat jawatan Timbalan Pengarah (Pengurusan) PTG Johor.

 

“Abdul Azim Shamsuddin pula akan dilantik Timbalan Pengarah (Pendaftaran) PTG Johor. Selain itu, Mohd Fahmy Yahya akan dilantik sebagai Pentadbir Tanah Johor Bahru; Sharifulizan Sharifuddin akan dilantik sebagai Pentadbir Tanah Batu Pahat.

 

“Mustafa Kamal Abdullah sebagai Pentadbir Tanah Kluang; Nurul Naqiah Fadzil pula sebagai Pentadbir Tanah Kulai; Mohd Hisam Said sebagai Pentadbir Tanah Daerah Muar; Rudy Rizal Mohd Hanapi akan bertugas sebagai Pentadbir Tanah Pontian.

 

“Abdul Hakim Abd Manap sebagai Pentadbir Tanah Mersing; Abd Razak Ithnain sebagai Penolong Pentadbir Tanah dan Daerah Kecil Labis; Norazimah Maaksom sebagai Penolong Pentadbir Tanah dan Daerah Kecil Rengit dan Muhammad Syafiq Othman akan mengisi jawatan Penolong Pentadbir Tanah Segamat (Pembangunan Tanah dan Pelupusan),” kata beliau.

 

Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani berkata, pertukaran juga melibatkan jawatan Yang Dipertua dan Setiausaha di beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Johor antaranya Mohd Fahmi Salam yang bertukar ke Majlis Perbandaran Kulai sebagai Yang Dipertua.

 

“Manakala Zihan Ismail akan dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang; Azurawati Wahid dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang; Ungku Mohd Zaffrin Ungku Mohd Zaman sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Tangkak.

 

“Mohammad Nazrul Abd. Rahim sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi; Hanis Musalman Salehan sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam; Herman Raban sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Labis dan Mohd Mackeen Mohd Shafiee pula dilantik sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran Pengerang yang baharu,” kata beliau.

 

Lain-lain pegawai yang terlibat dalam pertukaran, kata beliau, Muhammad Helmi Ya’kub sebagai Timbalan Pegawai Kewangan Negeri (Bahagian Pelaburan dan Pengurusan Strategik); Ezlan Farid Mohd Said (Pengurus Kanan PIJ Holdings Sdn. Bhd.); Nor Syazlan Abd Razak (Ketua Pegawai Eksekutif JCCD); Noor Faezah Md Esa (Ketua Pegawai Eksekutif YPKDT).

 

Selain itu, Norazmi Amir Hamzah pula sebagai Ketua Penolong Setiausaha (Pembangunan Wilayah dan Perbandaran) Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ) diikuti Nurul Ashikin Jabar sebagai Ketua Penolong Setiausaha (Dasar dan Keurusetiaan) Bahagian Kerajaan Tempatan.

 

Manakala Mohd Ekmaluddin Ishak sebagai Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor); Muhammad Shahril Azizi Abd Gapar sebagai Pengarah Jabatan Lanskap Negeri Johor; Hasnul Atmam Othman sebagai Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri Johor (Unit Belanjawan dan Pinjaman).

 

“Sufian Suleiman sebagai Timbalan Pengarah (Pengurusan) Institut Dato’ Onn; Mohd Amirza Misnadi sebagai Pengurus Kanan Operasi Unit Strategik Modal Insan Johor; Hairulnisha Rabon sebagai Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor; Zairul Adilla Zani sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Pejabat Daerah Mersing.

 

“Mohd Faiz Azman pula sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Pejabat Daerah Batu Pahat; Nur Erleta Abu Samah sebagai Penolong Setiausaha Kanan (Pembangunan Organisasi dan Pengurusan Data) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia; Muhammad Haziq Abdul Latif sebagai Ketua Penolong Pengarah (Khidmat Pengurusan) JAIJ.

 

“Mohd Fairuz Surat sebagai Pengurus (Pembangunan) Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ); Fazlina Azawiyah Esa sebagai Pengurus (Pentadbiran dan Kewangan) PKPJ; Nor Amirah Nor Azlan sebagai Penolong Setiausaha (Perkhidmatan) BPENJ serta Ahmad Azhari Ab Hamid ke Bahagian Kerajaan Tempatan sebagai Penolong Setiausaha (Dasar dan Keurusetiaan),” kata Setiausaha Kerajaan Johor.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor