SUDUT LESTARI MBJB DI PSI


Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bersama Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar Malaysia (IRDA); City of Kyoto, Kyoto Environmental Activities Association (KEAA) dan Japan International Cooperation Agency (JICA) Kansai telah membangunkan Sudut Lestari MBJB di Perpustakaan Sultan Ismail / Gambar Ihsan MBJB.

 

ISKANDAR PUTERI — Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bersama Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar Malaysia (IRDA); City of Kyoto, Kyoto Environmental Activities Association (KEAA) dan Japan International Cooperation Agency (JICA) Kansai telah membangunkan Sudut Lestari MBJB di Perpustakaan Sultan Ismail.

Sudut Lestari MBJB ini adalah sebagai usaha berterusan bagi mendukung hasrat membangunkan masyarakat rendah karbon dan cakna terhadap pemuliharaan alam sekitar.

Dalam kenyataan di laman sosial rasmi MBJB memaklumkan Sudut Lestari berkenaan akan berperanan dalam mempromosikan pendidikan alam sekitar, menyokong kegiatan alam sekitar, memberi maklumat mengenai gaya hidup mesra alam dam menjadi hab perkembangan kemahiran sumber manusia berkaitan alam sekitar.

Selain itu, ianya juga bertujuan mewujudkan modul untuk membangun dan melatih ‘Juara Hijau’ bagi mengetengahkan kesedaran, pendidikan, pemuliharaan alam sekitar termasuk memperkenalkan konsep ‘The Kyoto Model’ dalam pengamalan pendidikan alam sekitar di Malaysia.

Sudut Lestari MBJB ini dibangunkan dengan kerjasama MBJB, IRDA, KEAA, COK dan JICA menerusi memorandum kerjasama yang telah dimeterai pada 2021 lalu.

Hadir sama ialah Datuk Bandar Johor Bahru, Dato’ Mohd Noorazam Osman; Penolong Pengarah (Pejabat Polisi Alam Sekitar Global) City of Kyoto, Terunuma Takeshi dan Pengerusi KEAA, Niikawa Tatsuro.

Turut menyertai pameran hari ini ialah sekolah, institusi pengajian tinggi, NGO serta komuniti yang terlibat dengan Pembangunan Lestari yang mempamerkan produk-produk dan pencapaian yang berkaitan dengannya.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor