MANGSA BANJIR JUNJUNG KASIH KEPRIHATINAN TUNKU MAHKOTA JOHOR


Siti Sholihah Raja Azrin menerima bantuan segera kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balairaya Kampung Batu Badak, Segamat. | Foto MDJ Bayu Wira Anggara.

 

Bantuan segera kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menceria dan memberikan kelegaan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balairaya Kampung Batu Badak, Segamat.

 

Bagi Aishah Abdul Hamid, kurniaan tersebut membawa erti yang amat bermakna sekali gus menjunjung kasih atas keprihatinan Tunku Ismail kerana telah menghulurkan sumbangan kepadanya berserta mangsa lain.

 

Menceritakan detik ketika kediamannya dinaiki air, beliau memberitahu kejadian berlaku agak pantas apabila banjir memasuki rumahnya secara mengejut seterusnya tidak berkesempatan mengemas barangan dan kemudiannya diarahkan segera berpindah ke PPS.

 

Sementara itu, Siti Sholihah Raja Azrin pula berterima kasih dan memuji persediaan dilakukan pihak berkuasa dalam menyediakan PPS yang selesa kepadanya serta mangsa banjir lain termasuk kelengkapan khemah kubikel.

 

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor menitahkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) dan Southern Volunteers untuk memberi bantuan segera kepada mangsa banjir di PPS termasuk Balairaya Kampung Batu Badak, Rabu lalu.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor