SULTAN JOHOR KURNIA 100 EKOR LEMBU KORBAN SEMPENA AIDILADHA


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyempurnakan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha pada Khamis. | Foto ihsan FB Onn Hafiz Ghazi

ISKANDAR PUTERI — DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 100 ekor lembu sempena Aidiladha kali ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kurniaan tersebut diharapkan dapat menceriakan setiap penerima.

“Merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke bawah DYMM Sultan Johor atas perkenan baginda mengurniakan 100 ekor lembu sempena Hari Raya Aidiladha 1444H ini.

“Kurniaan ini telah diagihkan ke seluruh daerah dan agensi di negeri ini untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan,” kata beliau di Facebook rasminya, pada Khamis.

Menteri Besar Johor turut mendoakan agar seluruh Keluarga DiRaja Johor sentiasa dilindungi Allah SWT.

“Patik dan seluruh Bangsa Johor mendoakan semoga DYMM Tuanku serta seluruh Keluarga DiRaja Johor sentiasa dilindungi Allah SWT, dilimpahkan rahmat, kemuliaan serta dikurniakan kesihatan yang baik, dilanjutkan usia serta memerintah Johor dengan maju, makmur dan sejahtera,” katanya.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor