Entries by Mohd Firdaus Yon

38 PPS MASIH BEROPERASI MENEMPATKAN MANGSA BANJIR

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 38 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi bagi menempatkan mangsa banjir terkini di tujuh daerah, yang menunjukkan trend penurunan.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam laporan jam 4 petang memaklumkan, jumlah keluarga terjejas adalah 969 keluarga terdiri 3,498 penduduk.   Tiga PPS di Batu Pahat dilaporkan telah ditutup iaitu Dewan […]

SKIM BANTU PKS DIMUKTAMADKAN FEBRUARI INI

  ISKANDAR PUTERI — Satu skim bagi membantu pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta Perusahaan Mikro Bangsa Johor akan dimuktamadkan pada bulan Februari, bagi merancakkan lagi ekonomi negeri ini.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri bersetuju memudahcara Skim Pembiayaan Pinjaman PKS dan Perusahaan Mikro Negeri Johor.   “Setelah berbincang […]

TANGKAK DAERAH TERBARU BANJIR, SATU PPS DIBUKA

  ISKANDAR PUTERI — Tangkak menjadi daerah terbaru dilanda banjir dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan tiga keluarga terdiri 15 penduduk.   PPS tersebut yang dibuka jam 6 pagi tadi merupakan Balairaya Kampung Durian Chondong yang menempatkan mangsa banjir dari Kampung Pengkalan Kota.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam laporan jam […]

MANGSA BANJIR DI PPS TERUS MENUNJUKKAN PENURUNAN

  ISKANDAR PUTERI — Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah, terus menunjukkan penurunan.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam laporan jam 8 malam memaklumkan, jumlah terkini mangsa banjir di PPS adalah 4,575 penduduk terdiri 1,266 keluarga.   Menurut laporan tersebut, PPS yang masih beroperasi kini berjumlah 48 berbanding […]

JUMLAH MANGSA BANJIR DI PPS MENUNJUKKAN PENURUNAN

  ISKANDAR PUTERI — Lima lagi pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup hari ini, menjadikan keseluruhan 53 PPS masih beroperasi bagi menempatkan mangsa banjir di tujuh daerah.   Antara PPS yang telah ditutup adalah SJKC Ai Chun, Balairaya Kampung Sekijang, Balairaya Kampung Tungku Tiga dan Dewan Kampung Sungai Gatom di Segamat, serta Balairaya Kampung Melayu Batu […]

LIMA PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA DITUTUP HARI INI

  ISKANDAR PUTERI — Empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Kluang dan satu di Segamat ditutup hari ini, menjadikan keseluruhan 56 PPS masih beroperasi di daerah yang terjejas.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 2 petang memaklumkan, empat PPS terbabit adalah SJKC Ping Ming, Balairaya Batu 6 Kampung Sri Lalang, Balairaya […]

TIGA PPS BAHARU DIBUKA DI KOTA TINGGI, MERSING

  ISKANDAR PUTERI — Tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka menjadikan keseluruhan 58 PPS beroperasi bagi menempatkan mangsa banjir di tujuh daerah, di negeri ini.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 12 tengah hari memaklumkan, jumlah mangsa banjir terkini adalah 1,536 keluarga terdiri 5,528 penduduk.   Tiga PPS baharu adalah […]

KERAJAAN NEGERI KOMITED JADIKAN SEKOLAH MEDAN SEMAI PERPADUAN

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor komited menjadikan sekolah sebagai medan untuk menyemai semangat perpaduan dan menolak sebarang program atau aktiviti yang boleh membawa kepada diskriminasi kaum dan agama.   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, identiti Bangsa Johor itu sendiri cukup sinonim sebagai pemangkin semangat untuk membentuk keharmonian, persefahaman […]

MENTERI BESAR JOHOR BERTEMU PEMIMPIN PELAJAR

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan pertemuan dan makan malam bersama delegasi pemimpin pelajar dari Johor Student Leaders Council (JSLC) diketuai Presidennya, Muhammad Haziq Sahari.   Menurut beliau, JSLC berperanan mengenalpasti bakat-bakat muda Johor dalam pelbagai bidang serta melahirkan bakal pemimpin seawal usia 15 tahun.   “Selari dengan Teras […]

MANGSA BANJIR JOHOR MENCECAH 5,000 ORANG

  ISKANDAR PUTERI — Mangsa banjir di Negeri Johor terus meningkat kepada lebih 5,000 orang di tujuh daerah yang terjejas.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 8 pagi memaklumkan sebanyak 1,508 keluarga terdiri 5,455 terjejas dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).   Sehingga kini, terdapat 55 PPS dibuka bagi menempatkan mangsa […]