Entries by Nur Khairiah Nazirah Mohd Zaidi

397 KELUARGA TERIMA BWI RM1,000 FASA PERTAMA MDYP

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 397 ketua isi rumah (KIR) yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) ketika banjir melanda Yong Peng baru-baru ini telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 bagi fasa pertama yang telah diagihkan menerusi Majlis Daerah Yong Peng (MDYP), hari ini.   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling […]

BANDAR KLUANG ANTARA 10 BANDAR BAHAGIA DI MALAYSIA

  ISKANDAR PUTERI — Bandar Kluang dinobatkan sebagai 10 Bandar Bahagia Tahun 2022 sempena sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia 2022 yang diadakan di Putrajaya, semalam.   Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk M Noor Azman Taib, berkata pengiktirafan itu berdasarkan Kajian Indeks Kebahagiaan yang membabitkan 42,000 responden membabitkan 117 pihak berkuasa tempatan (PBT) di […]

KERAJAAN NEGERI KOMITED ATASI ISU SETINGGAN

  JOHOR BAHRU — Kerajaan Negeri komited untuk mengatasi masalah perumahan setinggan di seluruh negeri ini khususnya membabitkan penempatan di kawasan tebing sungai.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Syukor, berkata sehingga kini dianggarkan terdapat 10,000 rumah setinggan yang kini sudah dikenal pasti.   Katanya, bagi tujuan itu satu […]

4,110 RMMJ AKAN DIBINA PADA TAHUN INI

  JOHOR BAHRU — Kerajaan Negeri Johor menerusi Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) akan membina sebanyak 4,110 Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) pada tahun ini.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata ia sekali gus akan menjadi pemangkin kepada hasrat Kerajaan Negeri untuk membina sebanyak 21,000 rumah mampu milik di seluruh negeri […]

PKPJ SELESAI 2,800 ISU PERUMAHAN STRATA

  JOHOR BAHRU — Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) berjaya menyelesaikan sebanyak 2,800 hak milik strata yang tertunggak sekian lama hanya dalam tempoh setahun.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata ia adalah hasil transformasi yang dilaksanakan oleh PKPJ dalam memastikan urus tadbir berkaitan sektor perumahan di negeri ini dapat dilaksanakan dengan […]

FAST UTHM JADI RAKAN STRATEGIK PROJEK KONSERVASI GAJAH ASIA

  BATU PAHAT — Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (FAST UTHM) terus mengorak ke hadapan apabila dilantik sebagai rakan strategik Projek Konservasi Gajah Asia oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN).   Pelantikan sebagai rakan strategik ini akan membolehkan FAST UTHM memainkan peranan dalam menyokong usaha […]

JOHOR-SINGAPURA KOMITED TINGKAT HUBUNGAN, KERJASAMA

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri menzahirkan komitmen untuk terus mengeratkan hubungan baik antara Johor dan Singapura demi mencapai tahap kemakmuran dan kesejahteraan bersama.   Komitmen itu dizahirkan selepas Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima kunjungan Menteri Hal Ehwal Luar Singapura, TYT Dr. Vivian Balakrishnan bersama delegasi dari Singapura, semalam.   Beliau berkata, […]

“PENDIDIKAN MISI UTAMA SAYA” – TMJ

  ISKANDAR PUTERI — Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim meletakkan keutamaan kepada usaha meningkatkan mutu pendidikan di negeri ini.   Baginda Tunku bertitah, usaha tersebut merupakan misi yang paling penting dan terbesar kepadanya sebagai Tunku Mahkota Johor demi rakyat secara keseluruhan.   “Mutu pendidikan dalam silibus pendidikan itu, untuk pada masa […]

MB BERI TUMPUAN SITUASI BATU PAHAT, CHAAH

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini, mempengerusikan mesyuarat khas bersama agensi berkaitan di Bilik Gerakan Bencana Johor, Johor Bahru.   Menurut beliau, mesyuarat khas tersebut bagi membincangkan situasi terkini banjir di Johor, khususnya keadaan di daerah Batu Pahat dan kawasan Chaah, daerah Segamat.   “Sehingga hari ini, hampir […]

HASIL JUALAN TIKET JDT DISALURKAN KEPADA MANGSA BANJIR JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menitahkan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim supaya kesemua hasil jualan tiket perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim disalurkan kepada mangsa banjir di Johor.   Ketua Pegawai Eksekutifnya, Alistair Edwards, berkata menjunjung titah DYAM Tunku Ismail, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim akan […]