BOMBA SEGERA PINDAHKAN MANGSA BANJIR KE PPS


Anggota bomba menyelamat dan memindahkan warga emas ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). | Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor

 

Tindakan pantas anggota bomba menyelamat dan memindahkan mangsa banjir ke tempat selamat termasuk Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan kediaman masing-masing dinaiki air akibat limpahan sungai berdekatan, hari ini.

 

Dengan kekuatan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dan dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), seramai 26 penduduk Kampung Sentosa Damai ke Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru.

 

Sementara itu, seramai 13 anggota dari BBP Johor Jaya dan empat anggota Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) Ulu Tiram melakukan rondaan banjir di Simpang Ladang Mados, Kampung Dagang dan Lorong Mak Piah.

 

Dalam rondaan yang dilakukan, tiga mangsa di Simpang Ladang Mados dipindahkan ke Dewan Sungai Tiram. Dengan keadaan paras air sungai berhampiran yang melimpah, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) sudah bertindak menasihatkan penduduk yang masih berada di rumah masing-masing.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor