YB HAIRI MD SHAH

KERAJAAN NEGERI TERUS BANTU USAHAWAN PERLUAS PERNIAGAAN


YB HAIRI MD SHAH

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Md Shah semasa di Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan Ketiga Restoran ‘Lazy Monday’, Tebing @ Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Kerajaan Negeri komited membantu usahawan di negeri ini, mengembangkan perniagaan ke peringkat lebih tinggi menerusi sistem Pusat Data Usahawan Johor (PADU) disediakan Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB).

 

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah menyeru usahawan yang belum berdaftar dengan sistem itu untuk berbuat sedemikian bagi menerima manfaat disediakan kerajaan.

 

Beliau turut menekankan kepada usahawan supaya tidak terkeliru antara sistem tersebut dengan Pangkalan Data Utama yang turut dikenali dengan PADU dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, semalam, kerana kedua-duanya adalah berbeza.

 

Sistem PADU Johor diwujudkan bertujuan mengukuhkan ekosistem keusahawanan negeri ini, dan menjadi platform aplikasi penyaluran maklumat serta permohonan bantuan perniagaan kepada usahawan yang dilancarkan sejak 1 Januari 2022.

 

Untuk rekod, seramai 40,000 usahawan berdaftar di bawah sistem PADU Johor dan lebih RM129 juta sudah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi pembangunan usahawan pada tahun lalu.

 

Terdahulu, beliau ditemui selepas hadir Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan Ketiga Restoran ‘Lazy Monday’ di Tebing @ Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor