RANHILL SAJ SEDIA PELAN KONTINGENSI ATASI MASALAH AIR DI PARIT SULONG

  ISKANDAR PUTERI — Gangguan bekalan air terutama ketika musim perayaan Aidilfitri di kawasan Parlimen Parit Sulong, mendapat perhatian daripada kerajaan negeri.   Susulan daripada perbincangan bersama Ranhill SAJ hari ini, masalah bekalan air yang mengganggu penduduk di DUN Semerah dan DUN Sri Medan sejak 21 April lalu, menemui penyelesaian.   Ahli Dewan Undangan Negeri […]

LESEN PERNIAGAAN LULUS SATU HARI BEKERJA

  ISKANDAR PUTERI — Proses kelulusan lesen perniagaan di 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini, tidak lagi mengambil masa yang lama.   Sebaliknya, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor berkata, lesen itu boleh diluluskan dalam tempoh 24 jam.   “Kelulusan lesen peniaga kecil.. peniaga pasar malam, […]

‘LAMBAIAN’ B5 JOHOR STREET MARKET ‘PIKAT’ PENGUNJUNG

  JOHOR BAHRU — Sebagai Pusat Komersial Pelancongan Setempat pertama di Johor, ‘B5 Johor Street Market’ mengubah landskap dan wajah Pekan Tampoi sekali gus menjadi antara destinasi tumpuan utama menjana ekonomi peniaga tempatan.   Terletak di Johor Bahru, lokasi tersebut sebelum ini merupakan pusat perniagaan ekonomi yang pesat bagi penduduk setempat dikenali sebagai Batu Lima. […]

‘DAPUR ASNAF’ PENUHI KEPERLUAN ASNAF

  ISKANDAR PUTERI — Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mengambil inisiatif menganjurkan program ‘Dapur Asnaf’ bagi membela nasib golongan asnaf di negeri ini, bermula Jun tahun lalu.   Dapur Asnaf melibatkan pemberian sumbangan barangan keperluan dapur bernilai RM200 untuk membantu dan meringankan beban asnaf.   Penolong Pengarah Pengurusan Pungutan Zakat, Ustaz Shafie Mustafa berkata, […]

ROTI LEGENDA BERUSIA LEBIH 80 TAHUN

  Dalam arus pemodenan yang kian maju dengan pengendalian masakan menempuh proses transformasi, cara pembuatan roti secara tradisional Salahuddin Bakery masih tidak lapuk ditelan zaman.   Kaedah membakar dengan ketuhar batu-bata dan kayu api oleh kedai roti yang telah melonjakkan imej bandar raya Johor Bahru ini telah digunakan sejak tahun 1937 iaitu sebelum kedatangan Jepun […]

KAUNTER BERGERAK TERJEMAH KECEKAPAN PENYAMPAIAN, PERKHIDMATAN MAINJ

  ISKANDAR PUTERI — Kaunter Bergerak Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dilancarkan sejak tujuh tahun lalu, meningkatkan sistem penyampaian dan kecekapan perkhidmatan awam kepada umat Islam di negeri ini.   Penolong Pengarah Pengurusan Pungutan Zakat MAINJ, Ustaz Shafie Mustafa berkata, perkhidmatan bermula sejak tahun 2016 itu menawarkan perkhidmatan pertanyaan dan taksiran zakat selain saham […]

KULAI KE ARAH STATUS BANDAR RAYA

  ISKANDAR PUTERI — Kepesatan pembangunan berlaku di daerah Kulai, memacu ke arah menjadikan daerah tersebut berstatus bandar raya pada masa akan datang.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor berkata, daerah itu telah memenuhi beberapa kriteria ditetapkan untuk dinaiktaraf menjadi sebuah bandar raya.   “Kulai di bawah […]

KESIAPSIAGAAN TINGGI SOUTHERN VOLUNTEERS HADAPI BENCANA

  ISKANDAR PUTERI — Sukarelawan Southern Volunteers (SV) menjadi antara pasukan berada barisan hadapan yang memainkan peranan penting sepanjang bencana banjir di negeri ini, pada Februari hingga Mac lalu.   Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), Dato’ On Jabbar berkata, komitmen diberikan sebagai ‘tenaga sokongan’ berjaya direalisasikan berkat persiapan rapi yang dilakukan pasukan […]

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR MERIAH

  JOHOR BAHRU — Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2023M/1444H Setiausaha Kerajaan Johor berlangsung meriah di Kediaman Rasmi Setiausaha Kerajaan Johor, hari ini.   Pelbagai juadah disajikan kepada orang yang hadir antaranya Laksa Johor, Mee Rebus, Aneka Minuman, Ketupat Burasak, Cendol ABC, Sate, Kuih Buah buahan, Soto dan Nasi Beriani menerusi 13 gerai yang dibuka.   […]

JUADAH ‘TALAM AR-RIZQ’ UKIR SENYUMAN ASNAF

  ISKANDAR PUTERI — Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sentiasa komited dalam mmembela nasib golongan asnaf di negeri ini, dengan menganjurkan pelbagai program bermanfaat.   Program terbaharu dianjurkan pada tahun ini, adalah ‘Talam Ar-Rizq’ berkonsepkan penghantaran juadah berbuka puasa dihidang di dalam talam dan dihantar ke kediaman golongan asnaf terpilih dan berkelayakan.   Penolong […]