KERAJAAN JOHOR KOMITED LAHIRKAN LEBIH RAMAI PEGUAM SYARIE BERKUALITI

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 192 peguam syarie telah menerima Sijil Peguam Syarie dan Sijil Amalan Guaman Syarie untuk beramal di Mahkamah Syariah Negeri Johor, setakat ini.   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, tiada ciri khusus ditetapkan bagi seseorang diterima masuk sebagai peguam syarie di negeri ini. […]

ADUAN PUKAT TUNDA GANGGU NELAYAN KECIL DIPANDANG SERIUS

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Perikanan Negeri Johor memandang serius aduan penggunaan pukat tunda mengganggu aktiviti nelayan kecil di negeri ini, termasuklah di perairan Muar.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip berkata, aktiviti penguatkuasaan sentiasa dilakukan selaras dengan Akta Perikanan 1985 bagi memastikan kelestarian sumber […]

LALUAN FT017 LEBUH RAYA PASIR GUDANG DITUTUP UNTUK KERJA PEMBAIKAN

  ISKANDAR PUTERI — Laluan FT017 Lebuh raya Pasir Gudang ditutup untuk satu lorong sepanjang empat kilometer (KM) selama 19 hari bagi kerja pembaikan jalan bermula hari ini hingga 8 April depan.   Penutupan jalan itu membabitkan lorong laju (fast lane) di lebuh raya terbabit bermula dari Seksyen 20.00 hingga 24.00.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja […]

KERAJAAN JOHOR HARAP PERUNTUKAN BAIK PULIH JALAN DAPAT DISEGERAKAN

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor berharap peruntukan khas dimohon kepada Kerajaan Persekutuan bagi kerja baik pulih jalan negeri dan persekutuan serta infrastruktur yang rosak akibat banjir dapat disegerakan.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, peruntukan tersebut diperlukan agar dapat mempercepatkan kerja-kerja pembaikan.   […]

4,862 PENGUSAHA DIKENALPASTI TERKESAN AKIBAT BANJIR

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 4,862 pengusaha sektor pertanian dan agromakanan dikenalpasti terkesan akibat banjir Johor, dengan anggaran nilai kerugian berjumlah lebih RM35 juta, setakat ini.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato Zahari Sarip berkata, jumlah tersebut melibatkan pengusaha pelbagai subsektor tanaman, penternakan, perikanan serta industri asas […]

PELBAGAI BENTUK BANTUAN KEWANGAN DISALURKAN UNTUK WARGA PKPDK

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyalurkan pelbagai bentuk peruntukan bantuan kewangan kepada penyelia, petugas dan pelatih Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti (PKPDK) di negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, dalam bajet 2021, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan kenaikan saguhati kepada […]

DEWAN NEGERI JOHOR GUNA ISTILAH PENGIMBANG GANTI PEMBANGKANG

  ISKANDAR PUTERI — Dewan Negeri Johor menggunakan istilah pengimbang bagi menggantikan pembangkang bagi Ahli Dewan bukan di pihak kerajaan.   Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, penggunaan istilah tersebut dilihat lebih murni, tepat, komprensif dan futuristik.   “Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan Negeri Johor telah mencipta sejarah yang tersendiri. DYMM Tuanku […]

KERAJAAN JOHOR KOMITED MUDAH CARA PERNIAGAAN, PELABURAN

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor telah memperkenalkan dua inisiatif bagi memudahcarakan perniagaan dan pelaburan di negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han berkata, inisiatif itu adalah Jawatankuasa Pelaburan Johor (JIC) dan ‘Johor Fast Lane’.   Menurutnya, JIC ditubuhkan bagi menyelaraskan segala kemasukan pelaburan yang masuk […]

KERAJAAN JOHOR TELITI GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN KAWASAN BUKIT

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri memberikan perhatian terhadap titah ingatan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berhubung pembangunan kawasan berbukit atau tanah tinggi.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor berkata, satu bengkel melibatkan 16 PBT di negeri ini, […]

SESI SECARA PDPR BAGI SEKOLAH TERJEJAS

  ISKANDAR PUTERI — Lima sekolah di negeri ini, yang terjejas akibat banjir masih meneruskan persekolahan seperti biasa menerusi kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, langkah itu seperti dimaklumkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).   “KPM memaklumkan dalam masa seminggu ini, tidak ada […]