MB BERAMAH MESRA BERSAMA WARGA KD SULTAN ISMAIL


  PENGERANG — Menteri Besar Johor mengumumkan sumbangan berjumlah RM120,000 ketika lawatannya ke Kem KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih. Menurutnya, sumbangan tersebut diumumkan sebagai tanda penghargaan ke atas jasa pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di kem tersebut dalam memastikan keselamatan perairan Johor serta negara. “Saya mengumumkan sumbangan RM50,000 bagi kegunaan Badan Kebajikan […]

KERAJAAN JOHOR ISYTIHAR CUTI PERISTIWA SEMPENA PENCAPAIAN GEMILANG JDT, SUKAN JOHOR


  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor mengisytiharkan Ahad, 16 Oktober 2022 sebagai hari cuti khas peristiwa bagi seluruh rakyat Negeri Johor. Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Azmi Rohani berkata, pengisytiharan itu bersempena kejayaan gemilang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Liga Super Malaysia kali ke-sembilan berturut-turut dan memenangi 10 piala dalam lain-lain kejuaraan pada tahun […]

KERJA NAIKTARAF JALAN MERSING-KOTA TINGGI GIAT DILAKSANAKAN


  MERSING — Kerja menaiktaraf jalan Mersing ke Kota Tinggi sudah mula dilaksanakan bagi memberikan keselesaan dan menjamin keselamatan pengguna jalan raya khususnya rakyat Johor. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerja menaiktaraf tersebut telah dilaksanakan sejak bulan September lalu, dan enam lokasi sudah diperbaiki setakat ini. “Ramai yang mengadu tentang isu jalan […]

KERAJAAN JOHOR KOMITED JAYAKAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN


  MERSING — Kerajaan Johor melaungkan komitmen untuk terus membangunkan modal insan di negeri ini, bagi melahirkan lebih ramai pekerja mahir dan pakar bagi memenuhi kehendak pasaran pekerjaan. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pembangunan modal insan merupakan salah satu aspek yang amat penting bagi memajukan negara dan Negeri Johor. Justeru, beliau memberitahu […]

KERAJAAN JOHOR PASTIKAN KERJA PENGGABUNGAN KAUNTER DI BSI LANCAR


  ISKANDAR PUTERI — Kerja penggabungan kaunter khusus kereta di Zon C bagi arah masuk ke Malaysia melibatkan 11 lorong di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dilaporkan siap selepas masalah teknikal berjaya diatasi. Susulan perkembangan positif itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli […]

KESTABILAN POLITIK PEMANGKIN KEJAYAAN – MB JOHOR


  ISKANDAR PUTERI — Kestabilan politik dikecapi Kerajaan Johor selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada bulan Mac lalu, membolehkan pelbagai kejayaan membanggakan dicapai dalam tempoh singkat. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, penting untuk memulangkan kembali mandat kepada rakyat seperti yang telah dilakukan oleh Negeri Johor. “Bagi Johor yang telah melalui PRN enam […]

BERHENTI KELUAR KENYATAAN PROVOKASI – EXCO KERAJAAN JOHOR


  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dinasihatkan supaya berhenti mengeluarkan kenyataan provokasi terhadap Johor. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Md Shah akui amat kecewa dengan kenyataan oleh pemimpin Kedah itu. “Beliau katakan beliau menyatupadukan semua dalam satu kesatuan bola […]

BELANJAWAN 2023 AMBIL KIRA ASPEK, PROJEK PEMBANGUNAN DIPERLUKAN DI JOHOR


  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan rasa gembira susulan berita baik diumumkan dalam Belanjawan 2023 yang dibentangkan Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz. Menurutnya, beliau gembira belanjawan yang dibentangkan telah mengambil kira aspek serta projek pembangunan yang diperlukan di negeri ini. “Seperti yang saya sentiasa tekankan, […]