KAKITANGAN KIMIA JOHOR BENTANG KAJIAN DI AFSN KE-14


  ISKANDAR PUTERI — Dua kakitangan Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor (KIMIA Johor) dipilih untuk membentangkan kajian mereka pada Persidangan Tahunan dan Simposium Jaringan Sains Forensik Asia (AFSN) ke-14. Pada persidangan yang berlangsung pada 2 hingga 5 November lalu di Perguruan Tinggi Ilmu Kepolisan (PTIK) Jakarta, Indonesia itu, kakitangan KIMIA Johor iaitu Nur Hafiza Md […]

KUMPULAN FASTRACK LPJ MUNCUL NAIB JOHAN KONVENSYEN KIK


  ISKANDAR PUTERI — Kumpulan Fastrack Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) muncUl naib johan bagi pameran terbaik dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia, baru-baru ini. Selain itu, kumpulan Fastrack LPJ juga berjaya menduduki tempat keempat keseluruhan KIK yang berlangsung pada 31 Oktober hingga 1 November lalu. Dalam kenyataan media […]

BSJK IPD BATU PAHAT ADAKAN PROGRAM PENCEGAHAN JENAYAH KOMERSIL


  BATU PAHAT — Seramai 60 peserta yang terdiri daripada komuniti Ayer Hitam di sini menyertai Program Pencegahan Jenayah Komersil sempena Program Sayangi Komuniti Ayer Hitam di sini, semalam. Inisiatif berkenaan adalah sebahagian daripada usaha yang dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat berkaitan jenayah komersil terutama berkaitan […]

MENTERI BESAR JOHOR BANTU MANGSA KEMALANGAN


  ISKANDAR PUTERI — Kesibukan tugas sebagai Menteri Besar Johor tidak menghalang Datuk Onn Hafiz Ghazi membantu seorang bapa bersama dua anaknya yang terlibat dalam kemalangan, semalam. Kejadian tersebut dikongsi oleh Shahrol Azizie Azmi yang turut berada di lokasi kejadian menerusi hantaran video berdurasi 40 saat di laman Facebook rasminya. Keprihatinan ADUN Machap itu kemudiannya […]

SAHABAT MARITIM KUNJUNGI KOMUNITI NELAYAN ORANG ASLI


  ISKANDAR PUTERI — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor mengadakan lawatan muhibbah bersama komuniti nelayan Orang Asli di Kampung Simpang Arang, Gelang Patah. Pengarah Maritim Malaysia Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria, berkata kunjungan itu dilakukan bagi mengeratkan ikatan silaturahim antara pasukan pihak berkuasa keselamatan maritim itu dengan masyarakat Orang […]

SOP, TEMPOH BERTINDAK DAN BANTUAN BEKALAN DITAMBAHBAIK


  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor memohon maaf kepada penduduk dan sektor perniagaan yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak terancang susulan kejadian paip pecah di Persiaran Seri Alam. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, masalah tersebut berlaku di luar jangkaan berikutan kerja teknikal dijalankan, namun percaya tempoh bertindak selain terbitan jadual bantuan […]

KESELARIAN, KEBERSAMAAN PERLU DEMI MAJU JOHOR


  ISKANDAR PUTERI — Keselarian dan kebersamaan dengan Kerajaan Persekutuan diperlukan untuk menjadikan Johor sebagai negeri maju. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri mahu melihat infrastruktur dan prasarana selain sektor yang dekat dengan masyarakat ditambah nilai. “Kita mahu lebarkan lebuh raya kita, menaiktaraf jalan yang kebanyakannya telah rosak, merancakkan ekonomi negeri, […]

BELIA PENGGERAK EKONOMI, PENENTU MASA DEPAN – EXCO KERAJAAN JOHOR


  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor sentiasa mengiktiraf golongan belia di negeri ini, sebagai penggerak ekonomi serta penentu masa depan Johor dan negara. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, golongan yang mempunyai bilangan hampir separuh populasi di negeri ini, merupakan kumpulan disifatkan penting. “Elemen […]

SPR TUBUH 625 PP-KPR PANTAU KEMPEN PRU 15


  ISKANDAR PUTERI — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan sebanyak 625 Pasukan Penguatkuasa Pilihan Raya (PP-KPR) bagi memantau semua aktiviti kempen calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 15. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata ia bagi memastikan semua calon yang bertanding mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Katanya, semua calon yang […]

PROSES PENAMAAN CALON PRU15 DI JOHOR BERJALAN LANCAR


  ISKANDAR PUTERI — Proses penamaan calon Pilihan Raya Umum (PRU) 15 di 26 Pusat Penamaan Calon (PPC) di seluruh Johor berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Jurucakap Media PRU Johor 15 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som, berkata secara keseluruhan tahap keselamatan semasa proses penamaan calon di […]