ECOLIFE CHALLENGE SUMBANG USAHA RENDAHKAN SUHU BUMI

  ISKANDAR PUTERI — Pelaksanaan aktiviti penjimatan air, elektrik dan kitar semula barangan oleh murid Darjah 6 di seluruh Negeri Johor sejak 10 tahun lalu, berjaya menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar.   Usaha dilakukan menerusi pertandingan Iskandar Malaysia Ecolife Challenge (IMELC) itu telah menurunkan 783,146.52 kilogram karbon dioksida (kgCO2) bersamaan penyerapan karbon dioksida 50,200 batang […]

MENTERI BESAR JOHOR LANCAR PENJENAMAAN SEMULA JLG

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melancarkan penjenamaan semula JLand Group (JLG), anak syarikat strategik Johor Corporation (JCorp).   Menurut beliau, JLG menumpukan sektor pembangunan dan pelaburan hartanah, pengurusan kitar hayat aset serta infrastruktur dan utiliti.   “Nilai keseluruhan aset JLG turut mencecah purata tahunan sebanyak RM1.5 bilion dengan keuntungan […]

LARANGAN JADIKAN MASJID TEMPAT SEBAR, BINCANG POLITIK

  ISKANDAR PUTERI — Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) memberi amaran dan melarang mana-mana individu atau ahli politik menjadikan masjid sebagai tempat penyebaran atau perbincangan hal ehwal politik.   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, penganjuran program berbaur politik di dalam masjid tidak boleh dilaksanakan.   Menurut […]

KERAJAAN NEGERI TEKAD TINGKAT PELABURAN: MENTERI BESAR JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor bertekad untuk meningkatkan lagi pelaburan di negeri ini, susulan prestasi memberangsangkan direkodkan pada tahun lalu.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan harapan semoga Johor dapat menarik lebih banyak pelaburan berkualiti yang dapat menyumbang kepada pembangunan negeri, sekali gus meningkatkan taraf ekonomi Bangsa Johor di masa hadapan. […]

KERAJAAN NEGERI PASTIKAN KELANCARAN DI PINTU MASUK ANTARABANGSA

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor komited membantu rakyat Malaysia menetap dan bekerja di negara jiran, Singapura pulang dengan selamat dan selesa sempena perayaan Tahun Baru Cina.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, beberapa tindakan sudah dibincangkan untuk memastikan kelancaran aliran trafik keluar dan […]

PENGGUNAAN RACUN CHLORPYRIFOS DIHARAMKAN MULAI 1 MEI 2023

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Pertanian Negeri Johor akan mengharamkan penggunaan racun jenis ‘Chlorpyrifos’ dalam semua kegiatan pertanian di negeri ini mula 1 Mei ini. Ia berikutan kandungan dalam racun kawalan makhluk perosak tanaman terbabit didakwa memberi kesan toksik kepada manusia, lebah, avian, ikan, alam sekitar dan sumber air. Dalam kenyataan secara infografik di laman […]

MBPG ANJUR PEKA

  PASIR GUDANG — Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) baru-baru ini telah menganjurkan program Ceramah Kesedaran Keselamatan Keluarga dan Anak. Program anjuran Bahagian Pembangunan Masyarakat MBPG itu disertai 52 peserta yang terdiri daripada wakil penduduk komuniti sekitar kawasan Pasir Gudang. Dalam kenyataan di laman Facebook rasminya […]

LIMA PBT NEGERI JOHOR RAIH PENGIKTIRAFAN MIP

  ISKANDAR PUTERI — Lima Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor menerima pengiktirafan sempena Malaysia Institute of Planners (MIP) Planning Excellence Award 2022, semalam.   Kesemua PBT tersebut adalah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Perbandaran Muar (MPM) dan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP).   […]

SWM ENVIRONMENT BEROPERASI SEPERTI BIASA

  ISKANDAR PUTERI — SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) akan beroperasi seperti biasa sepanjang sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal disambut tidak lama lagi.   Pengurus Besar Korporatnya, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, tumpuan khusus diberikan kepada perkhidmatan kutipan sisa pukal, kebun dan barangan kitar semula.   Menurut beliau, langkah itu sebagai memenuhi […]

JPJ LAKSANA OPS OKIM

    JOHOR BAHRU –– Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor semalam mengambil tindakan mengeluarkan 11 notis terhadap pemilik kenderaan belajar memandu yang didapati melanggar spesifikasi kenderaan yang ditetapkan. Dalam OPS OKIM di sebuah institut sekolah memandu di daerah ini turut menjalankan pemeriksaan terhadap 56 kenderaan yang digunakan untuk tujuan latihan memandu. Daripada 56 kenderaan terbabit, […]