YOUR LIFE MATTERS MBPG

  ISKANDAR PUTERI — Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) semalam menganjurkan Program Keselamatan Jalan Raya Penunggang Penghantar Makanan : Your Life Matters. Program yang dilaksanakan menerusi Bahagian Pembangunan Masyarakat itu dilaksanakan bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan penunggang motor yang bekerja sebagai penghantar makanan. Dalam kenyataan di laman Facebook rasminya, MBPG menegaskan sebagai […]

MENTERI BESAR JOHOR SERU RAKYAT AMBIL PENGGALAK KEDUA

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru seluruh Bangsa Johor mendapatkan dos penggalak kedua.   “Meskipun jumlah jangkitan kes positif COVID-19 di Johor masih terkawal, namun saya tetap menyeru seluruh Bangsa Johor untuk mengambil dos penggalak kedua.   “Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Johor, YB Dato’ Dr. Aman Rabu kadar pengambilan […]

CHILD SUPPORT TEAM JOHOR MEMBELA KANAK-KANAK

  ISKANDAR PUTERI — Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin Nisa Ismail hari ini menghadiri mesyurat pelarasan Child Support Team Negeri Johor. Ia bertujuan membincangkan mengenai hal ehwal kanak-kanak terutama mengenai isu yang timbul sejak kebelakangan ini serta mencari langkah pemerkasaan kualiti dalam menjaga kebajikan golongan berkenaan di negeri ini. “Untuk […]

MENTERI BESAR JOHOR MELAWAT HSI

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan lawatan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi meninjau kerja menaik taraf bangunan dan infrastruktur hospital tersebut.   Menurut beliau, Kerajaan Johor telah memperuntukkan RM670,000 bagi kerja menaik taraf bangunan dan infrastruktur HSI pada tahun lalu.   Ia melibatkan RM500,000 menaik taraf kawasan tempat […]

EXCO KERAJAAN JOHOR BERTEMU MENTERI KDN

  ISKANDAR PUTERI — Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.   Turut bersama dalam kunjungan tersebut adalah Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong.   Tian Soon memaklumkan beliau bersama Ka Siong membawa beberapa […]

JSDC KOMITED LAHIR PEKERJA MAHIR

  ISKANDAR PUTERI — Johor Skills Development Centre (JSDC) berjaya melahirkan hampir 70,000 pekerja mahir sehingga kini. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Lee Ting Han berkata, kesemua kos latihan ditanggung oleh kerajaan. Menurut beliau, JSDC komited membantu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Ijazah Sarjana Muda melengkapkan diri dengan kemahiran diperlukan pasaran. […]

MAIJ MENYERAHKAN SUMBANGAN RM500,000 KEPADA MAIK

  ISKANDAR PUTERI — Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) menyerahkan sumbangan tunai RM500,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), hari ini. Selain itu, MAIJ turut menyampaikan bantuan pek makanan dan pakaian yang diterima oleh Timbalan Yang Dipertua MAIK, Zulkifle Ab. Rahman. Hadir menyempurnakan penyerahan tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal […]

DATUK BANDAR MBIP TINJAU DUA JAMBATAN ROSAK

  ISKANDAR PUTERI — Bertindak atas aduan awam, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) mengambil langkah proaktif apabila turun padang bagi melihat sendiri struktur jambatan yang dikatakan mengalami kerosakan. Lawatan yang diketuai sendiri Datuk Bandar Iskandar Puteri, Dato’ Mohd Haffiz Ahmad dilaksanakan bagi mengenal pasti aduan kerosakan jambatan di Jalan Aman, Taman Sri Orkid dan Jalan […]

RM5.2 JUTA UNTUK BAIK PULIH PPR KEMPAS PERMAI TAHUN INI

  ISKANDAR PUTERI — Sejumlah RM5.2 juta diperuntukkan melalui Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ) bagi kerja baik pulih Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, pada tahun ini.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peruntukan untuk kerja menaik taraf itu demi menjamin keselesaan 10,967 penduduk di PPR tersebut.   “RM2 juta untuk menaik […]

MBJB TAWAR SUNTIKAN INFLUENZA HARGA BERPATUTAN

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Kesihatan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menawarkan perkhidmatan suntikan influenza dengan harga berpatutan kepada orang awam di bandar raya Johor Bahru.   Datuk Bandar MBJB, Dato’ Mohd Noorazam Osman berkata, tawaran itu sebagai langkah mengurangkan kadar penyakit berjangkit serta meningkatkan ‘herd immunity’ di banda raya tersebut.   “Sasaran pemberian suntikan […]