191 GENERASI KEDUA FELDA TENGGAROH 3 TERIMA HAK MILIK

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor menyampaikan hak milik tanah generasi kedua kepada 191 penerima di Felda Tenggaroh 3, dekat Mersing, semalam. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, penyampaian hak milik tanah tersebut membuktikan kerajaan negeri komited menyelesaikan isu dihadapi rakyat di negeri ini. “Saya telah menyampaikan hak milik tanah generasi ke-2 kepada […]

27 LOKASI JALAN DI MERSING SIAP BAIK PULIH

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 27 lokasi jalan raya meliputi jarak 11.6 kilometer di daerah Mersing, telah siap dibaik pulih. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bagaimanapun, kerja menaik taraf bagi empat lagi lokasi tambahan dengan jarak 2.8 kilometer akan bermula pada bulan ini. Empat lokasi tersebut adalah Kampung Wak Salam (Seksyen 121.9); […]

POLIS JOHOR LULUS 297 PERMIT, DUA KERTAS SIASATAN DIBUKA

  ISKANDAR PUTERI — Polis Johor meluluskan sebanyak 297 permit yang dipohon oleh parti politik bagi aktiviti kempen sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 15. Jurucakap Media PRU 15 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata ia termasuk sejumlah 166 permit polis yang diluluskan sehingga semalam. “Setakat ini bagi tempoh 5 […]

NELAYAN MUAR DAN TANGKAK BAKAL TERIMA LESEN SAMPAN KHAS

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 108 nelayan pantai di daerah Muar dan Tangkak bakal menerima lesen sampan khas selepas mereka berjaya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Pengarah Perikanan Negeri Johor, Zainudin Abd Wahab, berkata pihaknya telah melaksanakan Program Pemutihan Lesen Vesel dan Peralatan Menangkap Ikan (Sampan) bermula November tahun lalu bagi lesen yang didapati telah […]

SUKARELAWAN SOUTHERN VOLUNTEERS BANTU MANGSA BANJIR KILAT

  ISKANDAR PUTERI — Prihatin dengan kesukaran dihadapi mangsa banjir kilat semalam, sukarelawan Southern Volunteers (SV) segera membantu mereka yang terjejas. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah telah berkongsi khidmat bakti SV Johor Bahru di Kampung Kurnia. “Beberapa lokasi di bandar raya Johor Bahru mengalami […]

MB JOHOR MELAWAT KAWASAN TERKESAN BANJIR KILAT

  ISKANDAR PUTERI — Banjir kilat sekitar bandar raya Johor Bahru berikutan hujan lebat berterusan semalam, mendapat perhatian kepimpinan negeri. Kesibukan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dengan jadual tugasan harian, tidak menjadi penghalang untuk dirinya melawat sendiri lokasi yang terjejas. Beliau telah mengunjungi dan meninjau kawasan di sekitar Taman Melodies, Johor Bahru lewat […]

POLIS JOHOR BERJAYA MUSNAHKAN DUA BOM LAMA

  ISKANDAR PUTERI — Polis Johor berjaya memusnahkan dua butir bom lama atau ‘unexploded ordnance (UXO)’ jenis Aerial Bom 20LBS dan Artillery Shell 85mm di Ladang Kelapa Sawit Felcra Tebing Tinggi, Segamat. Dalam kenyataan di laman sosial rasmi Polis Johor berkata, Unit Pemusnahan Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Ibu Pejabat Polis […]

WAQAF AN-NUR BAKAL BINA MASJID KETUJUH RANGKAIAN MASJID AN-NUR

  ISKANDAR PUTERI — Johor Corporation (JCorp) menerusi Waqaf An-Nur Corporation Berhad (Waqaf An-Nur) bakal membina Masjid An-Nur Bandar Tiram dengan kos keseluruhan pembinaan bernilai RM12 juta. Selain itu, Waqaf An-Nur juga diberi tanggungjawab menguruskan masjid tersebut yang akan dibina di atas tapak seluas 1.96 ekar dan dijangka siap menjelang tahun 2024. Pembinaan Masjid An-Nur […]

KAKITANGAN KIMIA JOHOR BENTANG KAJIAN DI AFSN KE-14

  ISKANDAR PUTERI — Dua kakitangan Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor (KIMIA Johor) dipilih untuk membentangkan kajian mereka pada Persidangan Tahunan dan Simposium Jaringan Sains Forensik Asia (AFSN) ke-14. Pada persidangan yang berlangsung pada 2 hingga 5 November lalu di Perguruan Tinggi Ilmu Kepolisan (PTIK) Jakarta, Indonesia itu, kakitangan KIMIA Johor iaitu Nur Hafiza Md […]

KUMPULAN FASTRACK LPJ MUNCUL NAIB JOHAN KONVENSYEN KIK

  ISKANDAR PUTERI — Kumpulan Fastrack Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) muncUl naib johan bagi pameran terbaik dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia, baru-baru ini. Selain itu, kumpulan Fastrack LPJ juga berjaya menduduki tempat keempat keseluruhan KIK yang berlangsung pada 31 Oktober hingga 1 November lalu. Dalam kenyataan media […]