KERAJAAN NEGERI TEKAD TINGKAT PELABURAN: MENTERI BESAR JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor bertekad untuk meningkatkan lagi pelaburan di negeri ini, susulan prestasi memberangsangkan direkodkan pada tahun lalu.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan harapan semoga Johor dapat menarik lebih banyak pelaburan berkualiti yang dapat menyumbang kepada pembangunan negeri, sekali gus meningkatkan taraf ekonomi Bangsa Johor di masa hadapan. […]

KERAJAAN NEGERI PASTIKAN KELANCARAN DI PINTU MASUK ANTARABANGSA

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor komited membantu rakyat Malaysia menetap dan bekerja di negara jiran, Singapura pulang dengan selamat dan selesa sempena perayaan Tahun Baru Cina.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, beberapa tindakan sudah dibincangkan untuk memastikan kelancaran aliran trafik keluar dan […]

PENGGUNAAN RACUN CHLORPYRIFOS DIHARAMKAN MULAI 1 MEI 2023

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Pertanian Negeri Johor akan mengharamkan penggunaan racun jenis ‘Chlorpyrifos’ dalam semua kegiatan pertanian di negeri ini mula 1 Mei ini. Ia berikutan kandungan dalam racun kawalan makhluk perosak tanaman terbabit didakwa memberi kesan toksik kepada manusia, lebah, avian, ikan, alam sekitar dan sumber air. Dalam kenyataan secara infografik di laman […]

MBPG ANJUR PEKA

  PASIR GUDANG — Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) baru-baru ini telah menganjurkan program Ceramah Kesedaran Keselamatan Keluarga dan Anak. Program anjuran Bahagian Pembangunan Masyarakat MBPG itu disertai 52 peserta yang terdiri daripada wakil penduduk komuniti sekitar kawasan Pasir Gudang. Dalam kenyataan di laman Facebook rasminya […]

LIMA PBT NEGERI JOHOR RAIH PENGIKTIRAFAN MIP

  ISKANDAR PUTERI — Lima Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor menerima pengiktirafan sempena Malaysia Institute of Planners (MIP) Planning Excellence Award 2022, semalam.   Kesemua PBT tersebut adalah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Perbandaran Muar (MPM) dan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP).   […]

SWM ENVIRONMENT BEROPERASI SEPERTI BIASA

  ISKANDAR PUTERI — SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) akan beroperasi seperti biasa sepanjang sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal disambut tidak lama lagi.   Pengurus Besar Korporatnya, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, tumpuan khusus diberikan kepada perkhidmatan kutipan sisa pukal, kebun dan barangan kitar semula.   Menurut beliau, langkah itu sebagai memenuhi […]

JPJ LAKSANA OPS OKIM

    JOHOR BAHRU –– Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor semalam mengambil tindakan mengeluarkan 11 notis terhadap pemilik kenderaan belajar memandu yang didapati melanggar spesifikasi kenderaan yang ditetapkan. Dalam OPS OKIM di sebuah institut sekolah memandu di daerah ini turut menjalankan pemeriksaan terhadap 56 kenderaan yang digunakan untuk tujuan latihan memandu. Daripada 56 kenderaan terbabit, […]

OPS PEMASANGAN AMBAI HARAM TANPA LESEN

  SEGAMAT — Unit Perlindungan Perikanan Batu Pahat dan Pejabat Perikanan Daerah Segamat baru-baru ini merampas dan merobohkan satu unit ambai haram yang dipasang di Sungai Muar. Dalam operasi yang dilaksanakan pada jam 10.30 pagi hingga 1 tengah hari itu bertujuan memantau pemasangan ambai haram tanpa lesen. Pada operasi itu, satu unit ambai haram yang […]

182 PREMIS TUMPUAN AWAM DIPERIKSA: JBPM Negeri Johor

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor melakukan pemeriksaan 182 premis tumpuan orang awam sepanjang perayaan Tahun Baru Cina, pada tahun ini.   Pemangku Pengarahnya, Ts. Mohd Rizal Buang berkata, antara premis tersebut adalah pusat beli belah dan hotel yang menjadi kunjungan orang ramai.   Menurut beliau, pemeriksaan dijalankan melibatkan […]

KERAJAAN NEGERI PASTIKAN PERANCANGAN DILAKSANAKAN: ONN HAFIZ

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor sedaya upaya memastikan setiap perancangan dilaksanakan demi manfaat dan kesejahteraan Bangsa Johor pada masa akan datang.   Perkara itu dizahirkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi selepas sesi pertemuan dengan EXCO Kerajaan Johor, semalam, bagi membincangkan pelaksanaan inisiatif dan program yang telah, sedang, dan akan dirancang.   Antara […]