TEKAD JOHOR GANDA HASIL PERTANIAN : MB


  ISKANDAR PUTERI — Johor bertekad menggandakan hasil pertanian dalam tempoh lima tahun bagi menangani isu keterjaminan makanan dan menjadikan negeri ini sumber utama makanan untuk negara.   Bagi menjayakan tekad tersebut, berlangsung Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Projek Lembah Tenusu Jemaluang (JDV) dan Program Kluster Fertigasi Cili, projek ekonomi di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Pembangunan […]

TMJ PELAWA SPRM, PEMILIK KELAB AUDIT KEWANGAN JDT


  ISKANDAR PUTERI — DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mempelawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pemilik kelab bola sepak di Malaysia untuk menyemak serta memeriksa audit kewangan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).   Tunku Ismail yang juga pemilik JDT bertitah, kesemua pendapatan dan perbelanjaan kelab tersebut datangnya daripada penaja, dirinya […]

RAVEN: TINGKAT KESEDARAN, TANGGUNGJAWAB BERSAMA PULIHARA SUNGAI


  JOHOR BAHRU — Fikir dahulu sebelum membuang sampah ke dalam longkang dan pastikan kebersihan sungai adalah tanggungjawab bersama.   Itu peringatan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar selepas mengadakan tinjauan ke salah satu lokasi tumpuan bagi kerja-kerja pengindahan Sungai Skudai di Kampung Pasir, di sini.   […]

PTP TERUSKAN TRADISI AGIH BUBUR LAMBUK


  ISKANDAR PUTERI — Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dengan kerjasama Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) menyediakan 2,000 bungkus bubur lambuk sempena Ramadan kali ini, pada 30 Mac lalu.   Aktiviti memasak bubur lambuk telah dijayakan secara bersama oleh sukarelawan PTP dan LPJ selain masyarakat Mukim Tanjung Kupang dan Persatuan Ibu Tunggal di surau Jabatan Laut Malaysia, […]

JKNJ PERIKSA 3,429 PREMIS BAZAR RAMADAN


  JOHOR BAHRU — Sebanyak 3,429 premis bazar Ramadan di negeri ini, diperiksa Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sehingga semalam (5 April).   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, daripada pemeriksaan dibuat, sebanyak 152 Notis 32B di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dikeluarkan ke […]

BUBUR LAMBUK PENGERAT SILATURAHIM, KEAKRABAN


    ISKANDAR PUTERI — Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr Azmi Rohani hari ini menyempurnakan Program Pengagihan Bubur Lambuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SUKJ) di perkarangan Kabin Pemandu, C1S Kota Iskandar di sini.   Turut hadir ialah isteri beliau yang juga Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Negeri […]

JETCO PENGHUBUNG PENTING JOHOR-SINGAPURA


  Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar ketika berucap berkenaan kepentingan peranan JETCO dalam menjadi penghubung antara Johor dan Singapura. | Foto MDJ: Nurul Asyiqin Jalil.   ISKANDAR PUTERI — Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) berperanan penting sebagai penghubung antara Johor dan Singapura melibatkan sektor kepada ekonomi, […]

STATISTIK TERPILIH PARLIMEN JOHOR


  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan statistik terpilih Parlimen Johor yang telah diperoleh menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.   Di dalam hantaran yang dimuat naik oleh laman Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor (DOSM Johor), Parlimen Kota Tinggi mencatatkan komposisi penduduk bumiputera paling tinggi di Johor dengan sebanyak 95.8%.   […]

MB UMUM 3 PROJEK IMPIAN EMAS BAKAL DILAKSANAKAN


    ISKANDAR PUTERI — Tiga projek pembangunan infrastruktur dan prasarana bakal dibangunkan melibatkan kawasan sekitar Taman Impian Emas, dekat Skudai.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kesemua projek berjumlah RM25.8 juta itu di bawah seliaan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).   “Berita baik juga buat penduduk Johor Bahru, iaitu terdapat tiga […]

11 LOKASI KEROSAKAN AKAN DIBAIKI TAHUN INI


    ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 11 lokasi kerosakan di Jalan Tebrau FT003 akan dibaiki melibatkan kos RM14.4 juta, bermula Mac hingga Disember ini.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, kesemua lokasi itu melibatkan Jalan Persekutuan.   “Mengikut laporan yang saya terima, sebanyak 15 […]