JOHOR KEKAL LARANGAN ROKOK ELEKTRONIK, VAPE


  ISKANDAR PUTERI — Johor kekal dengan larangan penjualan rokok elektronik dan vape di negeri ini, seperti yang dikuatkuasakan sejak tujuh tahun lalu.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor berkata, sejak 1 Januari 2016, kerajaan negeri dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) telah memutuskan tidak membenarkan kegiatan […]

RM360,000 PERUNTUKAN BAIKI JALAN GUNUNG PULAI J165


  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM360,000 bagi membaiki Jalan Gunung Pulai J165 berhampiran Seksyen 3.0 susur keluar ke Plaza Tol Kulai.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir Ts Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata kerosakan laluan terbabit sebelum ini disebabkan tekanan dan geseran tayar lori muatan berat yang […]

PKPJ TEROKA POTENSI KOLABORASI BERSAMA MPC


  ISKANDAR PUTERI — Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) semalam mengadakan satu perbincangan bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi melihat potensi kerjasama yang boleh dijayakan secara bersama.   Dalam kenyataan di laman Facebook rasminya, PKPJ menjelaskan perbincagan itu juga seiring dengan langkah transformasi dan rejuvenasi yang dilaksanakan oleh organisai milik Kerajaan Negeri Johor berkenaan. […]

DELOITTE MALAYSIA TAJA 15 KOMPUTER RIBA KEPADA PELAJAR PALOH


ISKANDAR PUTERI — Syarikat Deloitte Malaysia menaja 15 komputer riba kepada pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lit Terk, dekat Kampung Baru Nyior, Kluang, semalam.   EXCO Kerajaan Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Lee Ting Han hadir ke sekolah tersebut untuk sesi penyerahan komputer riba berkenaan kepada pelajar.   Menurutnya, pendidikan […]

PROJEK TAMBAH LORONG MOTOSIKAL BERMULA DISEMBER INI


  ISKANDAR PUTERI — Projek menambah lorong motosikal di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) akan bermula Disember ini.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, projek tersebut dijangka dapat disiapkan dalam tempoh setahun.   “Insya Allah, pihak arkitek akan menyiapkan […]

KERAJAAN NEGERI PASTIKAN PROJEK LURUS ‘SELEKOH S’ DITERUSKAN


  ISKANDAR PUTERI — Projek memperelok jajaran jalan Johor Bahru-Ayer Hitam FT001 di Seksyen 38-40 kilometer dikenali sebagai ‘Selekoh S’ yang terhenti sebelum ini, disambung semula pada 15 Mac lalu.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, skop projek itu melibatkan pelurusan jalan yang kerap […]

ADUN LARKIN SANTUNI PENDUDUK FLAT LARKIN


  ISKANDAR PUTERI — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Mohd Hairi Mad Shah meneruskan aktiviti rutin dengan menyantuni penduduk Rumah Pangsa Larkin, semalam.   EXCO Kerajaan Johor itu turut berkesempatan menggerakkan agihan bubur lambuk selain melakukan ziarah ke atas penduduk yang uzur dan menyampaikan sumbangan bantuan diperlukan.   “Kehidupan sebagai warga flat sememangnya memerlukan […]

PEMASANGAN LAMPU ISYARAT BAGI ATASI KEMALANGAN


  ISKANDAR PUTERI — Aliran trafik yang dipercayai menjadi punca kemalangan di persimpangan Jalan Batu Nampak (Parit Ulu) Bakri, dekat Muar, bakal berakhir dengan pemasangan lampu isyarat.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, kerja-kerja pemasangan lampu isyarat itu telah dimulakan.   “Saya menerima banyak […]

28,500 PELEKAT MBIKE DI BSI, KSAB


  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah menerima 28,500 unit pelekat Malaysia Biometric Indetification of Motorbikers (MBIKE) dan mula mengagihkannya mulai Khamis lalu.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata inisiatif itu secara tidak langsung diharapkan akan dapat melancarkan pergerakan keluar masuk membabitkan […]

TERUSKAN MENDERMA DARAH KETIKA RAMADAN


  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) menyeru orang ramai untuk terus menderma darah terutama ketika bulan Ramadan.   Seruan tersebut memandangkan bekalan stok darah di negeri ini, perlu sentiasa mencukupi bagi menampung keperluan prosedur transfusi darah seperti kes kemalangan, pembedahan dan juga rutin seperti pesakit talasemia.     […]