Tag Archive for: Antarabangsa

JOHOR BAHRU MENUJU BANDAR PINTAR ANTARABANGSA

  Johor Bahru berada di landasan tepat mencapai status bandar pintar bertaraf antarabangsa selari dengan aspirasi Bandar Pintar Johor 2030 menerusi kewujudan Pusat Kawalan Operasi Bersepadu Johor Bahru (JBIOCC) di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).   Dalam Belanjawan Johor 2024, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM15 juta untuk membina pusat kawalan dan arahan di MBJB selain […]

MPP BAKAL MILIKI PEJABAT BAHARU

  Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) bakal memiliki bangunan pejabat urusan baharu yang mencerminkan iltizam tinggi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan dalam merakyatkan sistem penyampaian kerajaan demi menyediakan perkhidmatan terbaik bagi kawasan pentadbirannya.   Pembinaan pejabat baharu itu disifatkan sebagai tepat pada masanya selari dengan kepesatan pembangunan Pengerang dan kawasan sekitar yang tertumpu kepada sektor pelancongan […]

JDT BAKAL METERAI KERJASAMA BERSAMA DUA JENAMA ANTARABANGSA

  ISKANDAR PUTERI — Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal memeterai kerjasama bersama dua jenama antarabangsa apabila perbincangan berkaitan kolaborasi itu kini di peringkat akhir.   Menerusi siaran di laman sosial Facebook JOHOR Southern Tigers (JST), kerjasama itu dilihat sebagai satu lagi langkah untuk meningkatkan nilai komersial pasukan Harimau Selatan.   “Antara perincian […]

3,700 SERTAI L’ETAPE JOHOR 2023

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 3,700 penunggang basikal menyertai L’Etape Johor 2023 by Tour De France di Desaru Coast, dekat Kota Tinggi.   Hadir menyempurnakan flag off edisi kedua perlumbaan itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor.   […]

FESTIVAL MUZIK NUSANTARA DAN MAKANAN ANTARABANGSA JOHOR 2023

  JOHOR BAHRU — Seramai 300,000 dijangka memeriahkan Festival Muzik Nusantara dan Makanan Antarabangsa Johor 2023 yang akan diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, bermula esok hingga 5 Mac ini.   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar berkata, penganjuran kedua-dua festival itu menjadi platform merancakkan sektor […]

FLLSPG : KERAJAAN JOHOR ZAHIR SOKONGAN BERTERUSAN

  ISKANDAR PUTERI — Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) Kali Ke-25 Tahun 2023 telah sempurnakan dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, semalam.   Majlis perasmian tersebut, turut disaksikan puluhan ribuan masyarakat Johor yang bersama-sama meraikan sambutan festival ‘Jubli Perak’ dengan bertemakan ‘Layangkasa Dinamik’.   Onn Hafiz […]

40 DESTINASI ANTARABANGSA BAHARU, PENERBANGAN DOMESTIK PADA TAHUN 2027

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 40 destinasi antarabangsa baharu dan penerbangan domestik pada masa akan datang di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), menjelang tahun 2027. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar berkata, perancangan jumlah destinasi itu melibatkan kategori domestik, ASEAN dan antarabangsa. “Kategori domestik iaitu Kuala Lumpur, Penang, […]

ACARA SUKAN TARIK MINAT PELANCONG & PACU EKONOMI

  ISKANDAR PUTERI — Penganjuran acara sukan yang pelbagai mampu menarik kehadiran pelancong ke negeri ini, seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi Johor. Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah mahu Sports Johor Sdn. Bhd. (Sports Johor) menganjurkan acara sukan bertaraf domestik atau antarabangsa bagi menjayakan hasrat […]