HAYATI PESANAN KHUTBAH JUMAAT – MENTERI BESAR JOHOR


Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi (kanan) menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Haji Ahmad Shah, Kampung Rimba Terjun, Pontian. 

ISKANDAR PUTERI –– Khutbah Jumaat minggu ini yang menyentuh tentang kewajipan memelihara amanah mendapat perhatian dari Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

 

Onn Hafiz berkata, Khalifah yang diberi amanah oleh Allah wajib mempunyai rasa tanggungjawab terhadap setiap perkara yang dilakukan.

 

“Semoga kita semua menghayati pesanan Mimbar, iaitu sebagai seorang Khalifah yang diberi amanah oleh Allah SWT di atas muka bumi ini, kita wajib mempunyai rasa tanggungjawab terhadap setiap perkara yang dilakukan dalam kehidupan kita,” tulisnya di laman Facebook.

 

Terdahulu Onn Hafiz menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Haji Ahmad Shah, Kampung Rimba Terjun, Pontian.

 

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Datuk Haji Jefridin Atan dan Pegawai Daerah Pontian, Haji Zainal Eran.

 

Onn Hafiz turut menjamu selera di Kedai Asam Pedas Masbakar dekat Kampung Rambah selain
beramah mesra dengan penduduk setempat, dan menjamu selera di Kedai Asam Pedas Masbakar, Kampung Rambah.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor