JOHOR ANTARA PENYUMBANG TERBESAR EKSPORT, IMPORT NEGARA


Sumber: Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia

 

Negeri Johor menjadi antara negeri menunjukkan peningkatan memberangsangkan dan penyumbang terbesar kepada jumlah perdagangan Malaysia bernilai RM234.7 bilion pada Januari 2024.

 

Eksport negara bernilai RM122.4 bilion meningkat sebanyak RM9.8 bilion bersamaan 8.7 peratus berbanding bulan sama tahun sebelumnya, dipengaruhi oleh eksport lebih tinggi dicatatkan sembilan negeri termasuk Johor (+RM5.6 bilion).

 

Manakala bagi import negara yang merekodkan RM112.3 bilion meningkat RM17.8 bilion berbanding bulan sama pada tahun 2023, juga didorong oleh import lebih tinggi 12 negeri termasuk Johor (+RM7 bilion).

 

Negeri Johor berada di kedudukan kedua sebagai pengeksport utama negara dengan sumbangan 22.4 peratus serta 23.7 peratus untuk import negara berdasarkan statistik dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor