KERAJAAN JOHOR HARGAI KOMITMEN KDN, JIM


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membincangkan perkara berkaitan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) bersama Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Dato’ Ruslin Jusoh | Sumber Gambar Facebook Onn Hafiz Ghazi.

 

ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen menambah nilai tahap perkhidmatan pintu sempadan negara di negeri ini.

 

Penghargaan tersebut dizahirkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi susulan kunjungan Ketua Pengarah JIM, Dato’ Ruslin Jusoh, hari ini.

 

Pertemuan itu membuka peluang membincangkan perkara berkaitan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunsan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

 

“Saya berterima kasih di atas komitmen beliau (Ruslin) dan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk terus memperbaiki lagi tahap perkhidmatan di BSI dan KSAB.

 

“Antara perkara yang dibangkitkan dan dibincangkan adalah (mengenai) struktur pentadbiran di Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

 

“(Selain itu), mengkaji penambahan mesin pengimbas x-ray bagi penumpang bas dan sistem pengurusan yang lebih efisien. (Serta) penambahan bas penumpang dan penguatkuasaan laluan bas,” kata beliau di Facebook rasminya, hari ini.

 

Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri sentiasa bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan kelancaran operasi keluar dan masuk sempadan negara.

 

“Ini demi menjamin kesejahteraan rakyat dan pengembara serta meningkatkan imej Johor dan Malaysia di mata dunia,” kata beliau lagi.

 

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohammad Fazli Mohamad Salleh serta Pengarah JIM Negeri Johor, Baharuddin Tahir.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor