KERJASAMA ERAT MAMPU TANGANI KESESAKAN KESESAKAN : MB


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas perancangan tindakan bagi mengatasi isu kesesakan pintu sempadan negara di negeri ini. | Foto ihsan Facebook Onn Hafiz Ghazi

 

ISKANDAR PUTERI — Kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan mampu menangani isu kesesakan pintu sempadan negara di negeri ini.

 

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas perancangan tindakan bagi mengatasi isu tersebut.

 

“Terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Ruslin Jusoh, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia dan seluruh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri Johor dalam menangani isu kesesakan di Tambak Johor.

 

“Saya yakin dengan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, akan mampu menangani isu kesesakan yang berlaku di kedua-dua laluan antara Johor dan Singapura,” kata beliau menerusi Facebook rasminya, hari ini.

 

Terdahulu, Ruslin ketika bercakap dengan pemberita selepas mengadakan lawatan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), pagi tadi, mengumumkan pendekatan yang bakal diambil oleh JIM bagi mengurangkan kesesakan pintu sempadan negara.

 

Antaranya, usaha penempatan 100 pegawai baharu di BSI dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) pada awal bulan depan serta memperkenalkan formula baharu pertukaran syif.

 

Onn Hafiz menzahirkan ucapan terima kasih atas kedua-dua usaha berkenaan yang disifatkan sebagai berita baik.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor