MAIJ MENYERAHKAN SUMBANGAN RM500,000 KEPADA MAIK


Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) menyerahkan sumbangan tunai RM500,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) | Sumber Facebook Mohd Fared Mohd Khalid.

 

ISKANDAR PUTERI — Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) menyerahkan sumbangan tunai RM500,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), hari ini.

Selain itu, MAIJ turut menyampaikan bantuan pek makanan dan pakaian yang diterima oleh Timbalan Yang Dipertua MAIK, Zulkifle Ab. Rahman.

Hadir menyempurnakan penyerahan tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid mewakili MAIJ.

“Ini adalah tanda keprihatinan kita selaku pembayar zakat dan rakyat Johor, kepada rakan dan sahabat yang ditimpa bencana banjir tempoh hari. Semoga mereka tabah dan sabar,” kongsi Mohd Fared menerusi Facebook rasminya.

Selain itu, Waqaf An-Nur turut menyumbang sebanyak RM50,000 kepada MAIK bagi tujuan yang sama.

Turut bersama dalam rombongan adalah Penasihat MAIJ, Dato’ Dr. Noh Gadut; Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Dato’ Md Rofiki Samsudin; Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ, Ismail Abu serta Timbalan Mufti Jabatan Mufti Johor, Dato’ Ahmad Faisal.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor