PENJAWAT AWAM DISANTUNI ZAHIR PENGHARGAAN


Program HELP : Seluhur Kasih Simbiosis Tercipta Tahun 2024 melabuhkan tirai bagi siri pertamanya, hari ini. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Siri Satu Program HELP : Seluhur Kasih Simbiosis Tercipta Tahun 2024 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor menerusi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) melabuhkan tirai, hari ini, setelah dua hari menyantuni penjawat awam negeri yang memerlukan di Negeri Johor.

 

Hari kedua program kembara psikologi itu menyaksikan 46 penjawat awam di seluruh daerah merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas keprihatinan selepas menerima sumbangan bantuan berupa kit makanan dan wang tunai berserta kotak makanan selain sokongan psikososial.

 

Seorang penjawat awam di daerah Pontian yang merupakan pejuang sakit kanser pankreas neuroendokrin tahap empat berkongsi rasa syukur dan menghargai usaha Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor melalui Program HELP dalam meringankan beban dihadapi termasuk dari sudut emosi dan kesihatan mental.

 

Terdahulu, Encik Mohd Ezzuddin bin Sanusi, Setiausaha Bahagian BPSM yang mengetuai kembara berkenaan menyerahkan sumbangan kepada penerima-penerima bantuan di sekitar daerah pontian. Turut hadir, Encik Ab Razak Khalid, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor