Tag Archive for: Islam

ZAKIUDDIN, UMMI RADHWA JOHAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI JOHOR

  #JohorBahru – Qari daerah Muar, Mohammad Zakiuddin Hanafi dinobatkan sebagai Johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Johor Tahun 1446H/2025M manakala Ummi Radhwa Mohd Zulkifli dari Pontian pula diumum sebagai Johan bagi kategori Qariah.   Kejayaan itu membolehkan Zakiuddin dan Ummi Radhwa membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 berserta trofi serta akan mewakili Negeri Johor ke […]

JKSM TURUN PADANG BERI KEFAHAMAN SULH

  Kaedah penyelesaian pertikaian dalam Islam secara baik atau Sulh diperkenalkan di mahkamah-mahkamah Syariah sejak 2002 terbukti berkesan dalam menyelesaikan konflik kekeluargaan dengan sebanyak 88.98 peratus daripada 11,921 keseluruhan kes berjaya diselesaikan pada tahun lalu.   Bagi memberi penerangan mengenai produk dan perkhidmatan Sulh terdapat di mahkamah syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama […]

LEBIH SEABAD MARTABAT PENDIDIKAN ISLAM

  Sistem pendidikan Islam Johor berusia lebih seabad kekal menjadi teras signifikan dalam pembentukan keperibadian dan sahsiah masyarakat Islam di negeri ini yang berpegang teguh dengan akidah ahli Sunnah Wal Jamaah, aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiyah.   Pengukuhan syiar Islam secara holistik melalui sistem sedia ada yang sentiasa diperkasakan telah diterjemah bermula dengan Tadika Agama Johor […]

PENDIDIKAN AGAMA BENTENG HALANG EKSTREMIS

  Bagi mengekang fahaman ekstremisme di negeri ini, pendidikan awal sekolah agama amat signifikan kepada seluruh Bangsa Johor beragama Islam terutama golongan kanak-kanak dan remaja kerana ajaran akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Al-Asyai’rah dan Al-Maturidiah yang diamalkan menerapkan nilai-nilai keharmonian dan sederhana atau wasatiyyah.   Manakala, di peringkat golongan dewasa pula, Kerajaan Negeri melalui […]

BANGSA JOHOR BERSATU PERTAHAN KALIMAH ALLAH

  Kerajaan Johor menjunjung dan mendukung penuh titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas keprihatinan terhadap isu kalimah Allah serta bertanggungjawab akan terus mempertahankan kemuliaan Islam di negeri ini.   Menzahirkan komitmen berkenaan, YB Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor memaklumkan amat mendukacitakan apabila […]

BUDAYA AL-QURAN PENJAWAT AWAM JOHOR TERUS JADI AMALAN

  Kerajaan Johor meneruskan amalan membudayakan al-Quran bagi menyemarakkan penghayatan kandungan al-Quran dalam kalangan penjawat awam beragama Islam di negeri.   Berlangsung selama satu jam pada setiap hari Khamis, amalan dianjurkan menjadi aktiviti yang dapat memberikan pengisian rohani seluruh jabatan agensi Kerajaan Negeri.   Bacaan Surah Al-Baqarah ayat 30 hingga 37 serta Surah Al-Kahfi ayat […]

SAYA TIDAK AKAN BENARKAN IA BERLAKU DI JOHOR – MOHD FARED

  ISKANDAR PUTERI — “Saya bagi amaran!… Demi Allah saya tak akan benarkan ia berlaku di Johor,” tegas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.   Amaran dan tekad kuat Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah itu merujuk kepada tertularnya sebuah poster bertajuk ‘Gang Bang JB Party’ […]

USAHA MENINGKATKAN SYIAR ISLAM JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Putrajaya, hari ini.   Beliau yang mengetuai delegasi Kerajaan Johor telah bermesyuarat bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar.   Menurutnya, […]

SULTAN JOHOR : FATWA TIDAK BERCANGGAH DENGAN KONSEP ‘BANGSA JOHOR’

  ISKANDAR PUTERI — Kepelbagaian kaum dan agama di Johor akan sentiasa diiktiraf dan dihormati, titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang menegaskan kembali konsep Bangsa Johor, hari ini.   Baginda Tuanku Sultan bertitah, fatwa dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) semalam, sama sekali tidak bercanggah dengan nilai toleransi, perpaduan […]