Tag Archive for: jabatan pendidikan negeri johor

DEMI PENDIDIKAN BERKUALITI BANGSA JOHOR

  Menyahut titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang menekankan pendidikan berkualiti kepada Bangsa Johor, Kerajaan Negeri melakukan lawatan kerja selama dua hari ke negara jiran, Singapura bermula hari ini.   Lawatan kerja tersebut disertai pelbagai jabatan dan agensi negeri antaranya Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), Institut Dato’ Onn […]

KERAJAAN JOHOR PASTIKAN TIADA ISU KECICIRAN MURID

  Tiada seorang murid yang akan tercicir daripada mendapat akses pendidikan. Itu antara ikrar Kerajaan Johor dalam memastikan tiada pelajar yang keluar dari alam persekolahan sebelum tiba masanya.   Komitmen itu terserlah apabila seramai 342 pelajar sekolah menengah telah berjaya dibawa kembali ke sekolah menerusi program ‘outreach’ yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) […]

AKSES KEBAJIKAN GOLONGAN AUTISME AKAN DIPASTIKAN SETARA

  Sempena Bulan Kesedaran Autisme Sedunia 2024 yang disambut pada 2 April lalu, Kerajaan Negeri Johor menerusi Yayasan Johor Corporation (JCorp) menyalurkan sumbangan sebanyak RM70,000 kepada enam jabatan dan agensi yang menguruskan golongan berkenaan.   Antara jabatan yang menerima sumbangan berkenaan ialah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Hospital Permai, Johor Bahru, Persatuan Kanak-Kanak Islam Johor Bahru […]

PEMIMPIN MUDA JOHOR BERSEDIA KE HADAPAN

Kira-kira 1,500 pelajar tempatan dan antarabangsa berhimpun membincangkan dan bertukar pandangan berkaitan isu-isu semasa dalam Persidangan Pemimpin Pelajar Antarabangsa Johor (JISLC) 2024.   Persidangan memasuki penganjuran kali kesembilan itu terus menterjemahkan komitmen Kerajaan Negeri dalam mengasah bakat seterusnya menyediakan barisan pemimpin pelajar untuk diketengahkan di peringkat global.   Bagi S. Yammunaa, 17, Pengarah Projek JISLC […]

KrMJ 2.0 DIPERKASA, BENTUK IDENTITI MURID JOHOR

Modul Karakter Murid Johor (KrMJ) 2.0 melibatkan 1,193 sekolah di seluruh negeri ini, diberi nafas baharu sebagai antara usaha signifikan Kerajaan Negeri bagi melahirkan generasi muda yang mempunyai sahsiah terpuji, disanjung, dikenali serta dipandang tinggi.   YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor memaklumkan antara elemen terbaharu dimasukkan adalah sejarah dan kebudayaan […]

MASALAH KEPADATAN MURID DALAM PERHATIAN

  Isu kepadatan murid di kawasan DUN Kota Iskandar terutama di Kangkar Pulai, Pulai Indah dan Pulai Jaya 2 dalam perhatian Jabatan pendidikan Negeri Johor (JPNJ) yang sentiasa berusaha secara berterusan memastikan penyediaan kemudahan sekolah adalah mencukupi.   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh dalam ucapan penggulungan memaklumkan JPNJ sudah mengambil […]

SINERGI KERAJAAN NEGERI, PERSEKUTUAN NAIK TARAF TANDAS SEKOLAH

  Sebanyak RM65.66 juta diperuntukkan Kementerian Pendidikan bagi Projek Khas Naik Taraf Tandas Sekolah melibatkan 938 sekolah di negeri ini, untuk kerja naik taraf kefungsian tandas bagi memastikan persekitaran, infrastruktur dan kemudahan pembelajaran murid berada dalam keadaan kondusif.   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh memaklumkan projek khas itu di bawah […]

GWG PUPUK AMALAN BERWAKAF KEPADA PELAJAR SEKOLAH

  Perbadanan Islam Johor (PIJ) menganjurkan Pertandingan Global Wakaf Game (GWG) Peringkat Negeri Johor 2023 bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman terhadap kepentingan berwakaf bermula di peringkat sekolah di negeri ini.   Penganjuran menerusi Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu disertai 224 pelajar Tingkatan […]

PIJ KOMITED BANTU PELAJAR TAHFIZ SWASTA LANJUT KE PENGAJIAN TINGGI

  Perbadanan Islam Johor (PIJ) telah menjayakan penganjuran Bengkel Penyelarasan dan Pemantapan Program Intervensi Tahfiz (SPM) Model Bekok Peringkat Negeri Johor 2023, baru-baru ini.   Bengkel diadakan melalui Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) ini diadakan bagi menyelaras dan memantapkan lagi sistem pengajaran dan memberi pendedahan serta kemahiran yang tinggi kepada pelajar-pelajar tahfiz.   Untuk rekod, […]

YAYASAN JCORP BANTU PELAJAR PERKASA PENGUASAAN BAHASA INGGERIS

  SEBANYAK 22 sekolah rendah dan sekolah menengah dari seluruh negeri ini menyertai pertandingan ‘Choral Speaking’ anjuran Yayasan Johor Corporation (JCorp) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang telah berlangsung pada hujung September lalu.   Ketua Yayasan JCorp, Zaidatul Zurita Abdul Rahman memberitahu penglibatan pihaknya di dalam meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris telah […]