Tag Archive for: JAKOA

AIDILFITRI MERIAH BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI

  #IskandarPuteri – Sambutan Aidilfitri menjadi penuh bermakna buat masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli (KOA) Simpang Arang dekat Gelang Patah apabila menerima kunjungan daripada Kerajaan Negeri.   Ziarah kasih sempena bulan Syawal yang mulia itu menjadi platform mengeratkan silaturahim sekali gus mencerminkan keprihatinan Kerajaan Johor memelihara kesejahteraan komuniti tersebut.   Untuk rekod, keseluruhan […]

JOHOR PROMOSI SOSIOBUDAYA ORANG ASLI

  Bagi memperkenal dan mempromosikan kepelbagaian budaya Orang Asli kepada masyarakat, Karnival Orang Asli Negeri Johor Tahun 2024 akan dilaksanakan melibatkan tiga siri iaitu Zon Utara, Tengah dan Selatan yang bakal dirasmikan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor pada bulan hadapan.   Selain itu, karnival berkenaan menjadi platform untuk melahirkan masyarakat berbudaya, […]

JAKOA NEGERI JOHOR AGIH BAKUL MAKANAN KEPADA 130 KIR DI MERSING

  Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor mengagihkan 130 bakul makanan kepada ketua isi rumah (KIR) masyarakat Orang Asli yang terjejas banjir di Mersing.   Pengarahnya, Faisal Long memaklumkan agihan dilakukan dengan kerjasama Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Mersing dan agensi keselamatan.   Kesemua KIR dari KOA Punan dan KOA Tewowoh menerima bantuan […]

JAKOA PERJELAS ISU PENGAGIHAN BANTUAN BANJIR DI MERSING

  Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor mengesahkan sudah mengambil tindakan segera menyampaikan Bantuan Pembaikan Rumah (BPR) kepada 45 penduduk di Kampung Orang Asli (KOA) Labong, Mersing.   Pengarahnya, Faisal Long memaklumkan bantuan sebanyak RM2,500 itu diserahkan kepada penduduk KOA terbabit dengan bantuan Pejabat Daerah Mersing.   Bantuan berkenaan diserahkan oleh Pegawai Pejabat Daerah […]

“KAMI TERBELA DI BAWAH NAUNGAN SULTAN JOHOR” – BATIN LIM

ISKANDAR PUTERI — Dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kononnya mendapat sokongan masyarakat Orang Asli di negeri ini, untuk membantah cadangan penukaran status tanah rizab didiami kepada ‘Tanah Kesultanan’ adalah tidak benar.   Batin Kampung Orang Asli (KOA) Kangkar Senangar, Lim Abdul Rahman memberitahu tidak setuju dengan tindakan NGO terbabit malah telah membuat aduan kepada […]

TINDAKAN SULTAN JOHOR DEMI KEPENTINGAN MASYARAKAT ORANG ASLI

  Oleh Aivizanoorwani Shah, Mohd Firdaus Yon, Badrul Kamal Zakaria dan Imran Razib ISKANDAR PUTERI — DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar tidak akan bertindak sewenang-wenangnya melainkan demi menjaga kepentingan masyarakat Orang Asli khususnya di Negeri Johor.   Sebagai pemerintah negeri ini, Tuanku Sultan Johor sudah tentu meletakkan kepentingan masyarakat Orang Asli yang juga […]

SIRI JELAJAH ‘PENERANGAN’ JALAN TERBAIK MENJELASKAN ISU TANAH KESULTANAN

  Oleh Aivizanoorwani Shah, Mohd Firdaus Yon, Badrul Kamal Zakaria dan Imran Razib   ISKANDAR PUTERI — Satu siri jelajah penerangan berkaitan kepentingan kawasan penempatan dan rizab Orang Asli yang diletakkan di bawah Tanah Kesultanan, akan diadakan dalam masa terdekat.   Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor, Faisal Long berkata, sesi tersebut merupakan […]

JAKOA PASTIKAN BEKALAN SAMPAI TERUTAMA KAWASAN TERPUTUS HUBUNGAN

  ISKANDAR PUTERI — Usaha menyampaikan bekalan makanan dan keperluan di perkampungan masyarakat Orang Asli terutama kawasan terputus hubungan telah dilaksanakan sejak mula bencana banjir.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip berkata, daripada kira-kira 49,000 mangsa banjir, lebih 5,000 merupakan masyarakat Orang Asli di beberapa […]