Tag Archive for: johor

TIADA ‘ORANG TENGAH’ URUSAN PERUMAHAN – EXCO KERAJAAN JOHOR

  JOHOR BAHRU — Kerajaan Johor tidak pernah melantik mana-mana ejen perseorangan atau orang tengah untuk berurusan tawaran mendapatkan rumah di negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor berkata, kerajaan negeri juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk permohonan rumah.   Menurut beliau, ingatan itu diberikan susulan […]

MASYARAKAT DISERU PRIHATIN, PEKA : EXCO KERAJAAN JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Masyarakat diseru prihatin dan peka dengan sekeliling bagi menghindari kes penderaan kanak-kanak dari berulang.   EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail mahu masyarakat melaporkan kes penderaan kepada pihak polis, Pejabat Kebajikan Masyarakat yang terdekat serta ketua-ketua masyarakat dan komuniti.   “Talian hotline iaitu ‘Talian Kasih 15999’ yang […]

JOHOR TINGKAT PENGELUARAN, KUKUHKAN SEKURITI MAKANAN

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mempengerusikan mesyuarat sekuriti makanan peringkat Negeri Johor, semalam.   Menurut beliau, Johor akan terus meningkatkan produktiviti pengeluaran bahan makanan bagi mengukuhkan sekuriti makanan negeri ini.   “Ia selari dengan hasrat kerajaan untuk menjamin bekalan kepada rakyat, selain menjadikan Johor sebagai ‘food basket’ kepada Malaysia, […]

EXCO KERAJAAN JOHOR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN

  ISKANDAR PUTERI – EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail hari ini, menyantuni mangsa kebakaran di premis Persatuan Orang Cacat Johor Bahru.   Beliau yang juga ADUN Serom berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada mangsa selain merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor.   “Sedikit sumbangan juga saya berikan kepada mangsa-mangsa […]

PDRC PASTIKAN PEMAJU KOMITED BINA RMMJ

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor menerusi Jawatankuasa Perancangan, Pembangunan dan Rekabentuk (PDRC) sentiasa memastikan pemaju terus komited untuk membina Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).   EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor berkata, sejak Jun hingga Disember ini, sebanyak lapan persidangan telah dipengerusikannya.   Terbaharu, menurutnya, pada 19 Disember […]

FARKHAN ‘THE SOUTHERN TIGER’ JUARA BRIDGERWEIGHT WBC ASIA

  ISKANDAR PUTERI — Petinju dari Johor, Farkhan Haron muncul juara baharu kelas Bridgerweight WBC Asia selepas menewaskan Yousof Manvandi dari Turkiye, semalam.   Petinju negara dengan gelaran ‘The Southern Tiger’ mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam pertarungan utama Johor International Boxing Championship di Arena Larkin, semalam.   Kejayaan menewaskan Yousof ‘Darius The Great’ itu […]

BANTU TINGKAT PERKHIDMATAN KESIHATAN DI JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — EXCO Kesihatan Johor, Ling Tian Soon berharap Menteri Kesihatan yang baharu, Dr. Zaliha Mustafa dapat membantu menyelesaikan masalah dan meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan serta perubatan di negeri ini.   Dalam pertemuan bersama Menteri, Tian Soon memaklumkan mengenai Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) mempunyai peratusan penggunaan katil amat […]

KERAJAAN JOHOR KONGSI ASPIRASI PEMBANGUNAN KLUANG

  ISKANDAR PUTERI — Penganjuran Karnival Maju Johor Daerah Kluang menjadi platform kerajaan negeri menyampaikan maklumat mengenai hala tuju pembangunan di Negeri Johor khususnya daerah tersebut.   Hadir menyempurnakan perasmian karnival itu adalah EXCO Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz […]

EXCO KERAJAAN JOHOR BUAT KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT MENTERI

  ISKANDAR PUTERI — EXCO Kerajaan Johor, Ling Tian Soon mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang. Kunjungan tersebut membuka ruang serta peluang kepada Tian Soon dan Aaron untuk saling berkongsi dan berbincang mengenai isu perpaduan di negara ini. Di samping itu, Tian Soon turut berkongsikan usaha Kerajaan Johor dalam […]

MBPG PERKENAL TANAMAN LADA HITAM DAN GAMBIR DI KEBUN KOMUNITI

  ISKANDAR PUTERI — Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) memperkenalkan tanaman lada hitam dan gambir untuk ditanam di Kebun Komuniti Pasir Gudang. Bagi tujuan itu, MBPG turut mengadakan kerjasama dengan Lembaga Lada Malaysia bagi tujuan mempromosikan tanaman lada hitam dan berharap ianya akan dapat diperluaskan ke seluruh negeri Johor. Menerusi kenyataan di laman sosial Facebook […]