Tag Archive for: media digital johor

SKMM SASAR PENGGUNAAN SEPENUHNYA TANDATANGAN DIGITAL MENJELANG 2025

  JOHOR BAHRU — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyasarkan penggunaan sepenuhnya tandatangan digital dalam sektor awam menjelang tahun 2025. Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi SKMM, Shamsul Izham Abdul Majid berkata, sasaran berkenaan selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai aspirasi MyDigital. “Penggunaan tandatangan digital yang diiktiraf akan memenuhi keperluan seperti kerahsiaan dokumen, pengesahan identiti […]

JOHOR TERIMA TIGA FASILITI KESIHATAN BAHARU

  JOHOR BAHRU — Tiga fasiliti kesihatan baharu melibatkan kos keseluruhan RM73.5 juta siap dibina dan bakal beroperasi dalam masa terdekat, mampu memberi nilai tambah kepada perkhidmatan kesihatan di negeri ini.   Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, kesemua fasiliti itu adalah Makmal Patologi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Klinik Kesihatan (KK) Skudai Baru di Taman Ungku […]

PERBINCANGAN POSITIF PEMBINAAN HSA2 : MENTERI KESIHATAN

JOHOR BAHRU — Perbincangan isu pemilikan tanah dicadangkan bagi pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2) antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) berjalan lancar dan positif. Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, kedua-dua kementerian sudah mengambil maklum mengenai keperluan pembinaan HSA2 selain turut memahami kepentingan kesihatan yang perlu diutamakan. “KKM sedang memperhalusi keperluan pembinaan hospital […]

KOPERASI MRSM JB JADI KOPERASI SEKOLAH PERTAMA GUNA SISTEM PINTAR DI JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Koperasi Maktab Rendah Sains Mara Johor Bahru (MRSM JB) di Bandar Seri Alam menjadi koperasi sekolah pertama yang menggunakan sistem pintar di Negeri Johor. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Md Shah, berkata penggunaan sistem pintar itu menjadi satu usaha ke arah pendigitalan […]

UTHM PUPUK KESEDARAN ALAM MARIN DALAM KALANGAN PELAJAR

  ISKANDAR PUTERI — Kira-kira dua tan sampah berjaya dikutip menerusi Program Kesedaran Alam Marin:’Global Beach Clean Up’ yang dilaksanakan di Pulau Mawar, Mersing, baru-baru ini.   Program khidmat sosial sempena ‘Hari Laut Sedunia’ anjuran Kelab Pengurusan Teknologi (TMB) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) itu disertai seramai 157 pelajar Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan […]

BRAJ@PASAR TANI KEKAL DATIN HALIMAH TERIMA SAMBUTAN

  JOHOR BAHRU — Program Bazar Rakyat Agro Johor (BRAJ) di Pasar Tani Kekal Datin Halimah, di sini, menerima sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat mendapatkan barangan segar, produk industri kecil dan sederhana (IKS) serta runcit pada harga berpatutan.   Berlangsung jam 7 pagi hingga 1 petang, program tersebut telah dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, […]

LEBIH 300 TAN SAMPAH DIKUTIP SEJAK JOHOR BERSIH DILANCARKAN

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 311 tan sampah berjaya dikutip di 16 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini, sejak program Johor Bersih dilancarkan dilancarkan pada Julai 2022 hingga hujung Mei lalu.   Kesemua sampah itu dikutip menerusi aktiviti ‘plogging’ dan Jalan Angkat (PJA) dilaksanakan pada setiap hari Ahad meliputi pelbagai lokasi.   Pengerusi […]

AIR TERJUN GUNUNG LEDANG DIBUKA SEMULA JULAI INI

  ISKANDAR PUTERI — Kawasan rekreasi eko-pelancongan Air Terjun Gunung Ledang akan dibuka semula kepada umum bulan depan.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata pembukaan semula kawasan rekreasi yang telah ditutup sejak Jun tahun lalu itu bakal diserikan lagi dengan penganjuran Karnival Gunung Ledang.   “Saya gembira dengan pemakluman dari Pengurusan Air […]

KADAR VAKSINASI DOS LENGKAP DEWASA LEBIH 100 PERATUS : EXCO KESIHATAN JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kadar vaksinasi COVID-19 dos primer lengkap bagi penduduk dewasa di negeri ini, melepasi angka 100 peratus. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, sebanyak 78.7 peratus penduduk dewasa menerima dos penggalak pertama dan 3.3 peratus menerima dos penggalak kedua. Menurutnya, bagi populasi remaja daripada 359,900 orang, sebanyak […]

JOHOR TERIMA 205 PROJEK SUKU PERTAMA 2023

ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 205 projek dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan diraih menerusi pelaburan komited RM10.6 bilion diluluskan bagi suku pertama tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han berkata, daripada jumlah tersebut, 58 projek dalam sektor pembuatan manakala selebihnya iaitu 147 projek bagi sektor perkhidmatan yang mewujudkan […]