Tag Archive for: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya

PROJEK RTB SUNGAI KESANG BERJALAN MENGIKUT JADUAL

  #IskandarPuteri – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Kesang di daerah Tangkak yang sudah dilaksanakan sejak Ogos 2023, kini berjalan mengikut jadual dan telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 24.2 peratus.   Projek RTB bernilai RM126 juta yang dijangka siap sepenuhnya menjelang Ogos 2026 melibatkan pembinaan pintasan banjir sepanjang 0.5 kilometer itu bertujuan mengurangkan […]

LRT, ART BANTU ATASI KESESAKAN JOHOR BAHRU

  Pembinaan sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Autonomi (ART) sangat diperlukan bagi membantu penyuraian penumpang dan menyokong pengoperasian Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura pada akhir Disember 2026 sekali gus menjadi penyelesaian kepada kesesakan trafik di bandar raya Johor Bahru.   Bagi merealisasikan penyediaan sistem pengangkutan yang kondusif menerusi pelaksanaan […]

KERAJAAN NEGERI PANDANG SERIUS ISU KEROSAKAN JALAN

  Kerajaan Negeri sentiasa memandang serius dan memahami keresahan rakyat terhadap isu kerosakan jalan raya yang mengundang kepada ancaman keselamatan termasuklah di Jalan Sungai Tiram menghubungkan FELDA Ulu Tebrau dan Ulu Tiram.   Aduan awam terutama penduduk FELDA Ulu Tebrau dan sekitarnya terhadap jalan yang turut menjadi laluan awam termasuk kenderaan berat untuk ke Jalan […]

ISU AIR DI KAMPUNG MURNI JAYA DIJANGKA SELESAI TAHUN INI

  Penduduk di sekitar Kampung Murni Jaya kini boleh menarik nafas lega apabila isu gangguan bekalan air yang membelenggu masyarakat terbabit sejak sekian lama boleh dianggap selesai.   Ia selepas tindakan proaktif Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, […]

JOHOR – SARAWAK KONGSI KEPAKARAN DAN PENGALAMAN

  Kerajaan Johor komited meneroka teknologi, inovasi dan sistem baharu bagi membina lebih banyak infrastruktur berimpak tinggi serta berdaya tahan.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh memaklumkan usaha tersebut amat signifikan terutama dalam membantu usaha meningkatkan kualiti prasarana di negeri ini.   Bagi tujuan itu, beliau telah […]

KERAJAAN JOHOR PROAKTIF ATASI ISU BANJIR KILAT

  Kerajaan Negeri menyasarkan sekurang-kurangnya 10 lokasi terjejas banjir kilat di sekitar bandar raya Johor Bahru akan diselesaikan pada tahun hadapan.   Antara langkah diambil bagi menyelesaikan isu tersebut adalah melalui kerja menambah baik sistem perparitan, menambah pam air dan membina ban baharu terutamanya di kawasan rendah.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur […]

PENJAJARAN ‘SELEKOH S’ SIAP SEPENUHYA

  Projek memperelok jajaran jalan Johor Bahru-Ayer Hitam FT001 di Seksyen 38-40 kilometer atau lebih dikenali sebagai ‘Selekoh S’, dekat Kulai, yang menjadi lokasi kerap berlaku kemalangan kini siap sepenuhnya.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh memaklumkan projek sakit yang tertangguh sejak tahun 2021 itu […]

RANHILL SAJ TERIMA PENGIKTIRAFAN MBOR

  Ranhill SAJ melakar sejarah dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila menjadi operator air pertama di Malaysia memiliki pensijilan ‘Hazard Analysis Critical Control Point’ (HACCP) daripada Intistut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk 44 Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini.   Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhamad Faizal Aliar memaklumkan pensijilan dan pengiktirafan di […]

JCCD PANTAU PRESTASI KONTRAKTOR

  Kerajaan Negeri menerusi Pusat Pembangunan Kontraktor Johor (JCCD) komited memantau prestasi kerja semua kontraktor yang melaksanakan kerja penyelenggaraan dan baik pulih jalan di negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts Mohamad Fazli Mohamad Salleh memaklumkan JCCD boleh mengambil tindakan jika terdapat aduan dan siasatan terhadap pihak kontraktor. […]

KERAJAAN JOHOR SERIUS ATASI ISU KESESAKAN TRAFIK

  Kerajaan Negeri sentiasa memberikan perhatian ke atas isu kesesakan Lebuhraya Pasir Gudang yang berlaku berikutan pertambahan bilangan kerja pembaikan demi keselamatan dan keselesaan pengguna.   Sebanyak 27 lokasi kerosakan sudah menerima peruntukan diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun ini untuk dilakukan baik pulih, hasil usaha bersepadu Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz […]