Tag Archive for: Pontian

ASAL USUL NAMA DAERAH DI JOHOR

  Oleh Setiausaha Kehormat, Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Negeri Johor, Haji Kamdi Kamil.   Budaya masyarakat Melayu dahulu menamakan sesuatu tempat berdasarkan nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, objek, peristiwa dan nama seseorang tokoh. Johor memiliki 10 daerah dan asal-usul nama daerah itu berbeza-beza. Terdapat daerah yang menggunakan nama haiwan, pokok, peristiwa dan lokasi.   JOHOR BAHRU    […]

HARI RADIO SEDUNIA 2024 DISAMBUT MERIAH

  Hari Radio Sedunia 2024 disambut penuh meriah oleh warga Jabatan Penyiaran Malaysia seluruh negara di penghujung selatan benua Asia, Taman Negara Johor Tanjung Piai, dekat Pontian, hari ini.   Sambutan yang turut disertai oleh penduduk setempat dan pengunjung taman negara tersebut, menyajikan pelbagai pengisian aktiviti sepanjang tiga hari bermula semalam hingga esok.   Antaranya, […]

DI SEBALIK SERAT NENAS MENJADI BENANG

  Siapa sangka dengan menggunakan bahan buangan seperti daun nanas ia akhirnya mampu menjana rezeki hingga memberi pulangan yang lumayan. Itulah yang diperolehi oleh Usahawan Benang Serat Nanas M&Z, Munah Abd Kadir, yang mengusahakan perniagaan benang yang diperbuat daripada serat daun nanas hingga mampu menghasilkan tenunan fabrik bermutu tinggi dan menawan hati.   Produk kraftangan […]

7 SEKOLAH RENDAH JUARA PELBAGAI KATEGORI IMELC 2023

  Tujuh sekolah rendah di negeri ini, diumumkan sebagai juara bagi lapan kategori dalam acara tahunan Iskandar Malaysia Ecolife Challenge (IMELC) 2023 dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Suria, Johor Bahru dinobatkan juara keseluruhan Kategori Sekolah Terbaik.   Selain itu, SK Taman Suria turut mengungguli Kategori Minyak Masak Terpakai selepas berjaya mengumpulkan 3.57 tan minyak. Manakala […]

TAMAN PERINDUSTRIAN TROPICANA PEMANGKIN EKONOMI PONTIAN

  Taman Perindustrian Tropicana atau T Industrial Park seluas 1,188 ekar dibangunkan Tropicana Corporation dijangka mampu merangsang pertumbuhan ekonomi di daerah Pontian.   Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han ketika menjawab soalan Dato’ Jefridin Atan (Ahli Dewan Negeri Kukup) memaklumkan kawasan perindustrian terancang yang dibangunkan mengikuti lapan fasa […]

HOSPITAL PONTIAN BAKAL BERWAJAH BAHARU

  PONTIAN — Penduduk di sekitar daerah ini bakal menerima kemudahan penjagaan kesihatan yang lebih efisyen apabila Hospital Pontian akan dinaik taraf dalam tempoh terdekat.   Ia susulan daripada peruntukan sebanyak RM150 juta yang disediakan oleh kerajaan bagi merealisasi impian penduduk tempatan untuk melihat hospital yang sudah beroperasi sejak 1930 itu memiliki fasiliti yang lebih […]

KERAJAAN NEGERI KOMITED PELIHARA SUMBER PERIKANAN JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri memperuntukkan RM100,000 melalui Jabatan Perikanan Negeri Johor bagi Program Melabuh Peranti Pengumpulan Ikan atau Unjam di perairan Johor.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip, mentakrifkan program tersebut sebagai usaha Kerajaan Negeri dalam memelihara sumber perikanan di negeri ini.   […]

KERAJAAN TANGGUNG BAYARAN PREMIUM TANAH 170 KIR TERJEJAS BANJIR DI PONTIAN

ISKANDAR PUTERI — Seramai 170 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir di tiga buah kampung dekat Pontian menerima khabar gembira apabila apabila Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran premium tanah di kawasan kediaman mereka dekat Taman Dato’ Hajjah Fatimah Salim, Benut, Pontian. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata projek […]

VANDALISME BUKAN BUDAYA KITA

  ISKANDAR PUTERI — Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) kesal dengan sikap segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang cuba merosakan prasarana dan landskap pengindahan bandar penghujung benua Asia itu.   Dalam kenyataan di laman sosial Facebook rasminya, MPPn memberitahu pihaknya mengesan perbuatan vandalisme yang berlaku di Lorong Cendol, baru-baru ini.   “MPPn telah menaiktaraf Lorong Cendol dengan […]

HAYATI PESANAN KHUTBAH JUMAAT – MENTERI BESAR JOHOR

ISKANDAR PUTERI –– Khutbah Jumaat minggu ini yang menyentuh tentang kewajipan memelihara amanah mendapat perhatian dari Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.   Onn Hafiz berkata, Khalifah yang diberi amanah oleh Allah wajib mempunyai rasa tanggungjawab terhadap setiap perkara yang dilakukan.   “Semoga kita semua menghayati pesanan Mimbar, iaitu sebagai seorang Khalifah yang diberi […]