Tag Archive for: Setiausaha Kerajaan Johor

MAJLIS SERAH TUGAS PEGAWAI KEWANGAN NEGERI BAHARU

  Telah berlangsungnya Majlis Serah Tugas Pegawai Kewangan Negeri Baharu antara YB Dato’ Haji Salehuddin bin Haji Hassan dan YB Dato’ Haji Mohammed Ridha bin Dato’ Haji Abd Kadir di Pejabat Kewangan Negeri Johor, hari ini.   Majlis serah tugas itu disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani. […]

NADMA SALUR RM50 JUTA BANTU MANGSA BANJIR JOHOR

  Kerajaan Persekutuan menyalurkan RM50 juta kepada Kerajaan Johor melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membantu mangsa banjir di negeri ini.   Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bantuan awal tersebut akan diagihkan kepada mangsa banjir disenaraikan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).   Beliau juga mahu pembayaran dibuat segera […]

KEDIAMAN KONDUSIF DAN SELESA BUAT ANGGOTA IMIGRESEN

  Pangsapuri Aliff Sejahtera dekat Tampoi kini dijadikan sebagai Kompleks Perumahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor yang akan menempatkan kira-kira 30 keluarga anggota Jabatan Imigresen Malaysia.   Penyediaan kediaman yang kondusif dan selesa itu susulan pembelian pangsapuri tersebut secara ‘en bloc’ yang dimeterai dan dimuktamadkan menerusi perjanjian ditandatangani antara Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Malaysia dan […]

BERSARA SELEPAS 31 TAHUN BERKHIDMAT

  Selepas lebih tiga dekad menabur bakti, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), YB Dato’ Haji Mohd Noh Ibrahim menamatkan perkhidmatan bersama Kerajaan Negeri Johor berkuat kuasa 31 Oktober 2023.   Beliau memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam pada 1 Mac 1992 dan pernah menjawat pelbagai jawatan di 15 jabatan yang berbeza sepanjang 31 tahun perkhidmatannya.   […]

KEMBARA MAHKOTA JOHOR: RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA

  Oleh YBhg Prof. Dato’ Dr. Kassim Thukiman, Ahli Penasihat Jumaah Majlis Diraja Johor   Sejak pengasasan Kesultanan Johor Moden, hubungan antara Raja dengan rakyat sangat akrab, yang menterjemahkan kata-kata mantera “Raja dan rakyat berpisah tiada”. DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah mengilhamkan program “Kembara Mahkota Johor” dengan galakan ayahandanya untuk melawat seluruh […]

MAHSYAR 2023-2027 TINGKAT INTEGRITI JKSNJ

  Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor (JKSNJ) melancarkan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) sebagai panduan melaksanakan tugas dan perkhidmatan dengan amanah serta berintegriti tanpa ketirisan atau penyalahgunaan kuasa.   Pelan yang dijenamakan semula dengan nama Mahkamah Syariah Anti Rasuah (MAHSyAR) JSKNJ 2023-2027 ini menggariskan empat strategi, 12 objektif dan 16 inisiatif untuk diterjemahkan dalam tindakan […]

LAWATAN RASMI PENGERUSI KEJORA KE IBU PEJABAT DAN WILAYAH KEJORA

  ISKANDAR PUTERI — Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat KEJORA dan Wilayah KEJORA.   Memetik hantaran dimuat naik dalam Facebook rasmi lembaga berkenaan, sesi lawatan itu menjadi platform sesi suai kenal antara beliau bersama warga […]

FORUM BANDAR PINTAR JOHOR MEDAN RANGKA STRATEGI TRANSFORMASI BANDAR

  JOHOR BAHRU — Program Forum Bandar Pintar Johor 2023 yang dilaksanakan bakal menjadi medan utama bagi merangka strategi tuntas transformasi bandar ke arah bandar pintar yang lebih dinamik.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata Pelan Tindakan Bandar Pintar Negeri Johor 2030 menggariskan tujuh komponen sebagai fokus utama bagi merealisasikan hasrat tersebut. […]

SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR TERIMA DARJAH KEBESARAN PERSEKUTUAN

  ISKANDAR PUTERI — Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani dikurniakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia, Panglima Setia Mahkota (P.S.M) daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.   Kurniaan darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ itu diterima dalam Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat […]

MAJLIS PERSARAAN DATO’ AMRAN A. RAHMAN

  MUHAMAD SYAFIQ MOHD TAYEB   ISKANDAR PUTERI — Selepas hampir 35 tahun menabur bakti berkhidmat bersama Kerajaan Negeri Johor, kini Dato’ Amran A. Rahman menamatkan perkhidmatan apabila mula bersara secara pilihan berkuat kuasa pada 30 April lalu.   Amran berkata, menjadi Pegawai Tadbir Negeri Johor merupakan pengalaman yang sangat bermakna terutama dalam memimpin agama, […]