Tag Archive for: ulu tiram

KERAJAAN NEGERI PANDANG SERIUS ISU KEROSAKAN JALAN

  Kerajaan Negeri sentiasa memandang serius dan memahami keresahan rakyat terhadap isu kerosakan jalan raya yang mengundang kepada ancaman keselamatan termasuklah di Jalan Sungai Tiram menghubungkan FELDA Ulu Tebrau dan Ulu Tiram.   Aduan awam terutama penduduk FELDA Ulu Tebrau dan sekitarnya terhadap jalan yang turut menjadi laluan awam termasuk kenderaan berat untuk ke Jalan […]

7 SEKOLAH RENDAH JUARA PELBAGAI KATEGORI IMELC 2023

  Tujuh sekolah rendah di negeri ini, diumumkan sebagai juara bagi lapan kategori dalam acara tahunan Iskandar Malaysia Ecolife Challenge (IMELC) 2023 dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Suria, Johor Bahru dinobatkan juara keseluruhan Kategori Sekolah Terbaik.   Selain itu, SK Taman Suria turut mengungguli Kategori Minyak Masak Terpakai selepas berjaya mengumpulkan 3.57 tan minyak. Manakala […]

KERAJAAN JOHOR SEDIA KELUARGA ASNAF KEDIAMAN LEBIH SELESA

  Lima beranak yang tinggal di sebuah pondok di Kampung Baru Sungai Johor, dekat Ulu Tiram, mendapat pembelaan daripada Kerajaan Johor bersama pelbagai pihak berkaitan.   Pasangan Mohd Farid Md Yusof dan Noorazlina Abdullah bersama tiga cahaya mereka berusia lapan bulan hingga tiga tahun dipindahkan ke kediaman yang lebih selesa disediakan oleh Pejabat Daerah Kota […]

JTQA MEMARTABAT MADRASAH, SEKOLAH TAHFIZ DI JOHOR

  Sistem Jaminan Kualiti Tahfiz Johor (JQTA) diperkenalkan sejak tahun 2017 menjadi inisiatif Kerajaan Negeri mengawal mutu serta kualiti institusi tahfiz awam dan swasta di negeri ini.   JTQA merupakan sistem yang sangat baik dalam membentuk sekolah tahfiz dan madrasah ke arah tahap yang tinggi dari segi pengurusan dan pembelajaran.   Pengarah Akademi Darul Hufaz […]

REDAH PERJALANAN KE MERSING DEMI KELUARGA DIRAJA JOHOR

  MERSING — Sebuah keluarga dari bandar Ulu Tiram meredah perjalanan lebih 100 kilometer ke Kampung Stay, Teluk Buih, di sini, untuk bertemu keluarga DiRaja Johor sempena Kembara Mahkota Johor 2023.   Ismail Mohamad, 48, bersama isteri, Ungku Rasyidah Ungku Mohamed, 42, dan empat cahaya mata berserta dua anak saudaranya gembira dapat melihat dengan lebih […]

PPR ULU TIRAM SIAP UNTUK DIDIAMI

  ISKANDAR PUTERI — Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ulu Tiram yang mengalami kelewatan siap selama 23 bulan akhirnya siap untuk didiami pada tahun ini.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, berkata Kerajaan Negeri akan berusaha memastikan PPR Ulu Tiram dapat ditawarkan kepada rakyat untuk didiami dalam tempoh terdekat.   […]

KERAJAAN NEGERI PERUNTUK RM50,000 KEPADA IBU BAPA SK PERIGI ACHEH

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM50,000 kepada ibu bapa murid Sekolah Kebangsaan (SK) Perigi Acheh, Pasir Gudang yang terpaksa bergerak jauh menghantar dan mengambil anak mereka daripada sekolah.   Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh, berkata ia berikutan murid sekolah tersebut terpaksa ditumpangkan sementara di SK Tanjung […]