1,247 CALON SPM JOHOR SKOR ‘STRAIGHT’ A


Graf peningkatan 118 calon yang mendapat ‘straight A’ berbanding tahun 2022. | Foto MDJ Aisyah Salleh

 

Seramai 1,247 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 memperoleh keputusan cemerlang dengan mendapat A dalam semua mata pelajaran.

 

Selain menunjukkan peningkatan 118 calon yang mendapat ‘straight A’ berbanding tahun 2022, seramai 20 calon juga meraih A+ dalam semua mata pelajaran pada SPM 2023.

 

Bagi Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK), seramai lima daripada 133 calon berjaya meraih keputusan cemerlang iaitu dua calon mendapat 9A diikuti 8A (1) dan 7A (2).

 

Mengikut kategori, tujuh Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Luar Bandar (24), Sekolah Bandar (32), Sekolah Menengah Harian (38), Sekolah Menengah Agama (25), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (6) dan Sekolah FELDA (9) memperoleh kelulusan 100 peratus dan layak mendapat sijil.

 

Sekolah Seni Malaysia Johor pula mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) terbaik negeri dengan 1.28 diikuti Sekolah Tun Fatimah (1.42) dan Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (1.44).

 

Terdahulu, pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2023 Negeri Johor telah disempurnakan oleh YBhg. Mohd Hanafi Samad, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, hari ini.

 

Semua calon boleh melakukan semakan keputusan bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau secara dalam talian.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor