7O SERTAI BENGKEL PEMANTAPAN MALIM GUNUNG PERHUTANAN JOHOR


Seramai 70 malim gunung menyertai Bengkel Pemantapan Malim Gunung Johor anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Johor / Gambar Ihsan Jabatan Perhutanan Negeri Johor.

 

ISKANDAR PUTERI — Seramai 70 malim gunung menyertai Bengkel Pemantapan Malim Gunung Perhutanan Johor dan Penyediaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diadakan di Hotel Millisime, Johor Bahru.

Bengkel berkenaan turut disertai oleh 20 warga warga Jabatan Perhutanan Negeri Johor bagi mengukuhkan lagi institusi malim gunung di negeri ini.

Bengkel yang dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor, Dato’ Salim Aman itu bertujuan memberi pendedahan kepada peserta dalam menyediakan draf dan SOP berkaitan pengurusan dan peraturan berkaitan malim gunung.

Ia secara tidak langsung dapat menambah baik amalan dan kaedah dalam pengurusan pendaki dan pengunjung ke kawasan tanah tinggi yang terdapat di Johor.

Pada bengkel yang turut dihadiri Pengarah Bahagian Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri, Jabatan Perhutanan Semenanjunga Malaysia, Mohd Yussainy Mohd Yusop itu juga memberi pendedahan kepada ahli malim gunung negeri Johor supaya dapat melaksanakan dan mengurus persatuan dengan baik.

Ini kerana menerusi persatuan, ia akan berperanan sebagai penggerak ekopelancongan dalam Hutan Simpanan Kekal serta mematuhi peraturan dan undang-undang berkaitan.

Pada masa sama akan dapat mempromosikan kawasan ekopelancongan yang menarik yang terdapat dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal di Johor pada masa akan datang.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor