SEMUA AGENSI BERKAITAN DIARAH SENTIASA BERSEDIA


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor menyantuni mangsa banjir di PPS | Sumber Facebook Mohd Jafni Md Shukor.

 

ISKANDAR PUTERI — EXCO Kerajaan Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor melawat ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Tinggi, semalam.

Dua PPS tersebut adalah Dewan Kampung Baru Sungai Mas dan Dewan Muafakat Bandar Penawar.

Turut hadir, ADUN Penawar, Fauziah Misri; Pegawai Daerah Kota Tinggi, Datin Paduka Hazlina Jalil serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang, Fizwan Mohd Rashidi.

Mohd Jafni berkata, segala bantuan asas yang diperlukan di setiap PPS telah disalurkan kepada mangsa banjir dan kerajaan negeri sentiasa memantau keadaan cuaca serta keselamatan penduduk.

“Pihak kerajaan negeri di bawah urus tadbir YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi (Menteri Besar Johor) telah mengarahkan semua agensi berkaitan seperti JKM, Bomba, APM dan Pejabat Daerah sendiri sebagai Pengerusi Bencana Daerah (berada dalam keadaan) sentiasa bersedia.

“Rakyat di kawasan rendah yang berpotensi dinaiki air ketika hujan lebat diharap sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pindah oleh pihak berkuasa,” katanya menerusi siaran dimuatnaik dalam Facebook rasminya, semalam.

Setakat jam 8 pagi tadi, enam PPS beroperasi bagi menempatkan 48 keluarga terdiri 178 penduduk di tiga daerah iaitu Segamat, Kota Tinggi dan terbaharu, Mersing.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor