IIB SOKONG PENUH BELANJAWAN JOHOR 2024


Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Dato’ Idzham Mohd Hashim.

 

Iskandar Investment Berhad (IIB) menyokong penuh Belanjawan Johor 2024 dan komited dalam penyediaan kemudahan serta rangkaian tenaga kerja memenuhi keperluan khusus industri yang menjadi sebahagian daripada Medini.

 

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Dato’ Idzham Mohd Hashim memaklumkan penubuhan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura yang disentuh dalam belanjawan negeri tahun hadapan, memperkukuh kedudukan Medini sebagai destinasi pelaburan utama.

 

Malah IIB meramalkan pertumbuhan pesat bagi GBS Medini, Tech Medini dan pasaran hartanah bagi golongan M40 dalam beberapa tahun mendatang, melalui usaha berterusan program Friendly Johor 3.0 dan Johor Go Global 3.0.

 

Selain itu, IIB berharap dapat bekerjasama dengan Pusat Kelestarian Johor (JSC) yang selari dengan inisiatif mereka bagi pelan hala tuju ‘Net Zero Carbon Central Business District’ (CBD) yang turut ditekankan dalam inisiatif merealisasikan Ibrahim International Business District (IIBD).

 

Menyokong strategi Memperkasa Perumahan Rakyat, IIB kini merancang mencipta lebih banyak rumah mampu milik di Iskandar Puteri di bawah projek Wawari yang selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri memberi peluang rakyat memiliki kediaman berkualiti dan bernilai tinggi pada harga berpatutan.

 

IIB juga berbesar hati dengan pengumuman kesinambungan program English For Professional bagi penguasaan bahasa Inggeris sebagai lingua franca global yang turut melibatkan kerjasama Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (JCS).

 

Begitu juga sokongan terhadap inisiatif program rintis kenderaan elektrik (EV) dan pemuliharaan kawasan hijau di mana IIB juga komited dalam menyediakan lebih banyak stesen pengecasan EV dan mengekalkan kira-kira 40 peratus ruang hijau di Medini.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor