Entries by Mohd Firdaus Yon

TIGA PPS DITUTUP, MERSING KEMBALI PULIH

  ISKANDAR PUTERI — Keseluruhan tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Mersing ditutup setakat jam 2 petang, membolehkan mangsa banjir di daerah tersebut pulang ke kediaman masing-masing.   Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani berkata, ketiga-tiga PPS itu adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chiao Ching, Sekolah Kebangsaan (SK) Labong dan Dewan […]

TREND PENURUNAN MANGSA BANJIR DI PPS

  ISKANDAR PUTERI — Jumlah mangsa banjir Negeri Johor ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menunjukkan trend penurunan setakat jam 12 tengah hari.   Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani berkata, mangsa di 17 PPS terkini adalah 1,373 orang daripada 378 keluarga di empat daerah yang terjejas.   Menurutnya, jumlah tersebut berbeza […]

SWM ENVIRONMENT, MDSR CERIAKAN 50 KELUARGA

  ISKANDAR PUTERI — SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan mengagihkan kotak makanan kepada 50 penerima sekitar kawasan Simpang Renggam.   Penerima sumbangan program CSR SWM Kasih Misi Sampul Merah itu terdiri daripada kalangan ibu tunggal, warga emas dan miskin bandar.   Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd […]

MENTERI BESAR JOHOR TURUN PADANG BERSIHKAN MASAI

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini, turun padang melaksanakan aktiviti pembersihan sekitar kawasan Masai, dekat Pasir Gudang.   Turut bersama beliau, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor serta Datuk Bandar Pasir Gudang, Dato’ Asman Shah Abd Rahman.   Aktiviti pembersihan yang […]

JBPM JOHOR HANTAR BARANGAN MAKANAN KAWASAN TERPUTUS HUBUNGAN

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor melaksanakan khidmat khas, logistik banjir ke Pulau Sibu dan Pulau Aur, dekat Mersing, hari ini.   Khidmat khas itu digerakkan pada jam 12.10 petang, di mana operasi tersebut menghadapi pelbagai cabaran dan risiko.   Antara cabaran dan risiko dihadapi adalah ketiadaan kawasan pendaratan […]

PERCEPATKAN PEMBAIKAN JALAN DI LOKASI HOTSPOT: MENTERI BESAR JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Syarikat konsesi telah diarahkan untuk mempercepatkan pembaikan jalan di beberapa ‘hotspot’ termasuk di Lebuh Raya Pasir Gudang serta Jalan Persekutuan antara Mersing dan Kota Tinggi.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, langkah itu bagi memastikan jalan raya yang lebih selesa buat pengguna.   Menurutnya, kerajaan negeri juga memandang […]

JUMLAH MANGSA BANJIR TERUS BERKURANGAN

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 1,521 orang daripada 419 keluarga masih ditempatkan di 17 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat daerah yang terjejas akibat banjir di negeri ini, setakat jam 2 petang.   Jumlah tersebut menyaksikan penurunan yang ketara berbanding laporan terdahulu iaitu 2,138 orang daripada 602 keluarga di 22 PPS.   Setiausaha Kerajaan Johor, […]

JOHOR BERAZAM TINGKAT PERANAN SEBAGAI PEMACU EKONOMI

  ISKANDAR PUTERI – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam, mengiringi Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan rasmi ke Singapura.   Lawatan tersebut bertujuan bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.   Onn Hafiz berkata, melalui lawatan sehari itu, kepimpinan dari Malaysia dan Singapura turut berbincang serta bersepakat dalam […]

SUKARELAWAN SOUTHERN VOLUNTEERS BERSIHKAN PERSEKITARAN LARKIN

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 60 sukarelawan Southern Volunteers terdiri pelbagai kaum dan latar belakang menjayakan program Johor Bersih di Johor Bahru melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, hari ini.   Program yang diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), Dato’ On Jabbar itu bermula seawal jam 8.30 pagi.   Bermula […]

JLAND YAKIN MAMPU LANCAR 1,000 UNIT HARTANAH BAHARU

  ISKANDAR PUTERI — Johor Land (JLand) yakin mampu menawar dan melancarkan lebih 1,000 unit hartanah baharu dengan nilai pembangunan kasar (NPK) RM649.6 juta pada tahun ini.   Pengarah Bertanggungjawab JLand, Zamri Yusof berkata, sebanyak 725 unit hartanah baharu bernilai lebih RM502.8 juta akan dilancarkan di Bandar Dato’ Onn, di sini.   Menurutnya, manakala baki […]