Entries by Mohd Firdaus Yon

TMJ BERI BAYANGAN JDT 2023

  ISKANDAR PUTERI — Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim seakan ‘memberi bayangan’ barisan pemain pasukan utama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim 2023. Menerusi InstaStory dimuat naik dalam akaun Instagram, pemilik JDT itu telah menamakan pemain yang bakal ditempatkan dalam setiap posisi menerusi lakaran formasi 3-4-3. Siaran InstaStory itu sekali […]

TMJ YAKIN ‘KEMAMPUAN’ MENTERI KBS

  ISKANDAR PUTERI — Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bertitah menzahirkan keyakinan akan ada masa depan lebih baik dalam industri sukan tanah air.   Keyakinan baginda Tunku itu bersandarkan dedikasi dan komitmen Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Hannah Yeoh.   Baginda Tunku bertitah sedemikian susulan penghargaan Hannah terhadap Tunku Mahkota Johor […]

KOLABORASI SWM ENVIRONMENT, MBJB MENJAYAKAN AKTIVITI KELESTARIAN

  ISKANDAR PUTERI — SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) menganjurkan Pertandingan Bercerita Alam Sekitar dan Kitar Semula dan Pertandingan Reka Cipta Bahan di Perpustakaan Sultan Ismail (PSI).   Kedua-dua pertandingan tersebut dianjurkan bersempena Program Yok Singgah PSI dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).   Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin […]

RM5.2 JUTA UNTUK BAIK PULIH PPR KEMPAS PERMAI TAHUN INI

  ISKANDAR PUTERI — Sejumlah RM5.2 juta diperuntukkan melalui Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ) bagi kerja baik pulih Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, pada tahun ini.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peruntukan untuk kerja menaik taraf itu demi menjamin keselesaan 10,967 penduduk di PPR tersebut.   “RM2 juta untuk menaik […]

MBJB TAWAR SUNTIKAN INFLUENZA HARGA BERPATUTAN

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Kesihatan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menawarkan perkhidmatan suntikan influenza dengan harga berpatutan kepada orang awam di bandar raya Johor Bahru.   Datuk Bandar MBJB, Dato’ Mohd Noorazam Osman berkata, tawaran itu sebagai langkah mengurangkan kadar penyakit berjangkit serta meningkatkan ‘herd immunity’ di banda raya tersebut.   “Sasaran pemberian suntikan […]

SKUAD KILAT MBJB PASTIKAN ADUAN KECEMASAN DITANGANI SEGERA

  ISKANDAR PUTERI — Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah mengambil inisiatif menubuhkan Skuad Kilat bagi menangani aduan bersifat kecemasan.   Datuk Bandar MBJB, Dato’ Mohd Noorazam Osman berkata, aduan bersifat kecemasan tersebut seperti banjir kilat, pokok tumbang dan tanah runtuh.   Menurut beliau, Skuad Kilat berperanan untuk memastikan aduan kecemasan diselesaikan dalam tempoh yang […]

TEMPOH PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN, IKLAN 2023 DILANJUTKAN SEHINGGA 28 FEBRUARI

  ISKANDAR PUTERI — Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memberikan lanjutan tempoh pembaharuan lesen perniagaan dan iklan bagi tahun 2023.   Datuk Bandar MBJB, Dato’ Mohd Noorazam Osman berkata, lanjutan tanpa dikenakan sebarang caj penalti kelewatan pembaharuan lesen itu diberikan sehingga 28 Februari ini.   Menurut beliau, mulai 1 Mac depan, kegagalan pembaharuan dilakukan akan […]

KONSERT 25 TAHUN RABBANI UBAT RINDU PEMINAT

  KONSERT 25 Tahun ‘Simfoni Kesyukuran’ Rabbani di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Jumaat lalu, berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 3,000 peminat irama nasyid.   Dendangan lagu ‘Pergi Tak Kembali’ dan ‘Intifada’ oleh Kumpulan Rabbani yang pernah mencetuskan fenomena industri nasyid tanah air telah mengubat kerinduan peminat.   Konsert 25 Tahun ‘Simfoni Kesyukuran’ […]

JOM TURUN@PPR TERIMA SAMBUTAN PENYEWA PPR, RSK

  JOHOR BAHRU — Program Jom Turun@PPR berlangsung di Program Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang, semalam, menerima sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.   Hadir menyempurnakan perasmian program tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor.   Mohd Jafni berkata, program Jom Turun@PPR menampilkan tiga objektif utama untuk dimaklumkan […]

GALAK MASYARAKAT JAGA KEBERSIHAN TEMPAT PELANCONGAN

  ISKANDAR PUTERI — Program Majestic Johor Clean Daerah Kota Tinggi Tahun 2023 dilancarkan hari ini, di Pantai Tanjung Buloh, Sedili Kecil, dekat Kota Tinggi.   Pelancaran program telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh.   Hadir sama, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Datin Paduka Hazlina Jalil; ADUN Sedili, Muszaide […]