Artikel oleh Mohd Firdaus Yon

KEDAI MAKAN KOTOR DIKOMPAUN, DIARAHKAN TUTUP

  ISKANDAR PUTERI — Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi menjalankan siasatan dan pemeriksaan terhadap sebuah premis yang tular di media sosial kerana menyediakan makanan secara tidak bersih, kelmarin. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, susulan daripada siasatan dan pemeriksaan dilakukan, pelbagai kesalahan didapati dilakukan oleh premis yang kemudiannya telah diambil […]

PEMIMPIN MUDA JOHOR BERTEMU TPM DEMI RAKYAT

  ISKANDAR PUTERI — Wakil rakyat Parlimen dan Ahli Majlis bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berperanan besar untuk membantu rakyat di kawasan diwakili. EXCO Kerajaan Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, kumpulan itu juga mempunyai peranan membantu kerajaan negeri dengan membawa suara akar umbi. “Ahli Yang Berhormat, Ahli Parlimen dan Ahli Majlis juga memainkan satu […]

PELABURAN RM63.9 BILION BUKTI JOHOR TETAP MENJADI DESTINASI PILIHAN

  ISKANDAR PUTERI — Negeri Johor mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan bernilai RM63.9 bilion bagi tempoh Januari hingga September lalu, berdasarkan statistik Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han berkata, pelaburan dicatatkan adalah hampir 33 peratus daripada angka pelaburan nasional yang direkodkan iaitu RM193.7 bilion. […]

JOHOR SASAR PENINGKATAN PENGELUARAN NANAS

  ISKANDAR PUTERI — Johor mensasarkan peningkatan pengeluaran nanas sebanyak 76 peratus dalam tempoh lima tahun. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip berkata, sejumlah 451,819 metrik tan disasarkan pengeluaran nanas pada tahun 2027. “Untuk rekod, Johor merupakan pengeluar utama nanas dengan keluasan 63 peratus daripada keseluruhan […]

LATIHAN BERSKALA PENUH UJI PELAN KECEMASAN LTAS

  ISKANDAR PUTERI — Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) ‘gempar’ apabila sebuah pesawat mengalami masalah teknikal sebelum tersasar dari landasan seterusnya terhempas semasa mendarat dan terbakar. Kejadian tersebut menyaksikan 21 individu maut, manakala 66 terselamat dalam ‘nahas pesawat’ di LTAS semalam. Bagaimanapun, senario cemas itu merupakan sebahagian daripada simulasi Pelan Kecemasan Lapangan Terbang (AEP) kendalian […]

BELANJAWAN JOHOR 2023 BUKTI KERAJAAN NEGERI PRIHATIN, ANGKAT SUARA ANAK MUDA

  ISKANDAR PUTERI — Belanjawan Johor 2023 diluluskan oleh Dewan Negeri Johor baru-baru ini, membuktikan kerajaan negeri prihatin dan sentiasa mengangkat suara anak muda. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, dalam teras Orang Muda Johor, sebanyak lima strategi dan 28 inisiatif diumumkan Menteri Besar […]

SWM ENVIRONMENT SUMBANG TONG KITAR SEMULA KEPADA 16 SEKOLAH

  ISKANDAR PUTERI — SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) menyumbangkan kemudahan tong kitar semula kepada 16 sekolah di kawasan bandar raya Iskandar Puteri dan Mukim Tanjung Kupang. Sumbangan tersebut bersempena acara sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan Peringkat Daerah Johor Bahru yang diadakan di SJK (C) Cheah Fah. Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam […]

SENTIASA BERWASPADA, BERSIAP SIAGA – EXCO KERAJAAN JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — EXCO Kerajaan Johor, Norlizah Noh mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Pangkalan Batu, Mersing hari ini. Beliau yang juga ADUN Johor Lama berkesempatan menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir. Selain itu, Norlizah turut menerima taklimat mengenai keadaan semasa banjir oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Mersing, Mohd Amirza […]

DUA PPS DI KOTA TINGGI DITUTUP JAM 1 PETANG TADI

  ISKANDAR PUTERI — Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Tinggi ditutup jam 1 petang tadi. PPS tersebut adalah Dewan Kampung Baru Sungai dan Dewan Muafakat Bandar Penawar. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan setakat jam 1 petang tadi, hanya dua daerah iaitu Segamat dan Mersing masih terjejas dengan banjir. PPS Balairaya Kampung Batu Badak, […]

AGENSI BERKAITAN BENCANA DI MERSING TELAH DIGERAKKAN

  ISKANDAR PUTERI — Semua agensi berkaitan bencana daerah Mersing sudah digerakkan bagi memantau dari masa ke masa susulan fasa Monsun Timur Laut (MTL) yang sedang melanda negara. Pegawai Daerah Mersing, Mohammed Shakib Ali berkata, pemantauan tersebut berdasarkan amaran cuaca daripada Jabatan Meteorologi dan bacaan aras sungai daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). “Setelah diteliti […]