Artikel oleh Mohd Firdaus Yon

KERAJAAN JOHOR, BANK RAKYAT PERKENAL PEMBIAYAAN BANTU PMKS

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor bersama Bank Rakyat berkolaborasi menawarkan kemudahan dikenali Program Pembiayaan BRJohorNiaga bagi usahawan terutama Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di negeri ini.   Hadir menyempurnakan pelancaran program tersebut, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.   Menurutnya, kerajaan negeri memperuntukkan subsidi kadar keuntungan sebanyak 9.50 peratus bagi kategori mikro […]

SWM ENVIRONMENT FOKUS OPERASI SEMPENA RAMADAN, MENJELANG SYAWAL

  ISKANDAR PUTERI — SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) memberi fokus kepada Operasi Bazar Ramadan dan Kutipan Sisa Perayaan di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini, sepanjang Ramadan dan menjelang Syawal nanti.   Pengurus Besar Korporatnya, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, seramai 260 anggota SWM Environment dengan sokongan 55 lori kompaktor dan […]

256 LOKASI JALAN PERSEKUTUAN ROSAK DIKESAN

  ISKANDAR PUTERI — Terdapat 256 lokasi kerosakan dikesan di sepanjang jalan persekutuan di seluruh negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya , Pengangkutan dan Infrstruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh.   Menurutnya, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengajukan permohonan berjumlah RM223.5 juta bagi tujuan baik pulih.   Bagaimanapun, ujar beliau, […]

TALENTCORP METERAI MOU BERSAMA IIB

  ISKANDAR PUTERI — Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Iskandar Investment Berhad (IIB) pada Selasa lalu.   Hadir menyaksikan majlis menandatangani MoU itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. […]

69 PAM BERGERAK BANTU PENGEPAMAN AIR BANJIR

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 69 unit pam bergerak ditempatkan di tujuh daerah yang terkesan bagi menjayakan operasi pengepaman air banjir, sehingga 21 Mac lalu.   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar berkata, daripada jumlah tersebut, 41 unit ditempatkan di Batu Pahat.   “Saya mengambil kesempatan ini bagi […]

KERAJAAN JOHOR SALUR PERUNTUKAN SEKOLAH TERJEJAS TERUK

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri akan menyalurkan peruntukan RM500,000 kepada sekolah yang mengalami kerosakan sangat teruk di Segamat dan Batu Pahat akibat bencana banjir.   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, sebanyak 52 sekolah di negeri ini, dinaiki air susulan bencana banjir yang melanda Johor pada 28 Februari hingga […]

UNIT SMI JOHOR PERKASA HEBAHAN MENERUSI KERJASAMA PELBAGAI AGENSI

  ISKANDAR PUTERI — Unit Strategik Modal Insan (SMI) Johor mengalu-alukan penglibatan semua pihak termasuk Ahli Dewan Negeri Johor dalam membantu membuat hebahan inisiatif berkaitan pekerjaan dan kursus kemahiran ditawarkan.   Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, sepanjang Januari hingga Mac lalu, sebanyak 425 […]

HUBUNGAN JOHOR-SINGAPURA TERUS KUKUH, AKRAB

  ISKANDAR PUTERI — Dengan bantuan Kerajaan Persekutuan, hubungan Johor dan Singapura akan terus kukuh dan akrab sekali gus membawa limpahan manfaat menguntungkan kedua belah pihak, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.   Menurutnya, hasil lawatan kerjanya bersama delegasi kerajaan negeri pada 12 hingga 14 Februari lalu, pelbagai perkara telah dipersetujui antara Johor […]

KERAJAAN JOHOR, PERSEKUTUAN KOMITED ATASI KESESAKAN PINTU SEMPADAN

  ISKANDAR PUTERI — Isu kesesakan pintu sempadan negara di negeri ini terutama Tambak Johor, sentiasa diberikan perhatian Kerajaan Johor dan Kerajaan Persekutuan dengan pelbagai langkah yang diambil bagi melancarkan aliran trafik kedua-dua hala.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, antara langkah yang diambil adalah memperluaskan penggunaan e-Gate kepada warganegara Singapura dan […]

DEWAN NEGERI JOHOR MERAFAK SEMBAH UCAP TAHNIAH SEMPENA HARI KEPUTERAAN RASMI DYMM SULTAN JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Dewan Negeri Johor hari ini, merafak sembah dan menjunjung kasih dengan ucapan tahniah kepada DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Hari Keputeraan Rasmi baginda Tuanku, esok.   Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut mendoakan kesejahteraan Sultan […]