Entries by Muhammad Imran Mohd Razib

KKM LULUS PERUNTUKAN NAIK TARAF KK AYER HITAM : EXCO KESIHATAN JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meluluskan peruntukan RM1 juta bagi menaik taraf Klinik Kesihatan Ayer Hitam yang sudah beroperasi sejak tahun 1986.   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM500,000 diperuntukkan bagi kerja menaik taraf bangunan utama.   “Kerja menaik taraf bangunan utama […]

JKNJ PANDANG SERIUS INSIDEN KEMATIAN DI KK PALOH

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) memandang serius insiden kematian seorang lelaki berumur 38 tahun di Klinik Kesihatan (KK) Paloh, Kluang, pada 27 Jun lalu, seperti dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan.   Pengarahnya, Dr. Mohtar Pungut berkata, pihaknya akan mengambil tindakan menyeluruh bagi memastikan penyampaian kesihatan berkualiti tinggi yang mengutamakan pelanggan […]

RANHILL SAJ HANTAR LORI TANGKI AIR KE KAWASAN TERJEJAS

  ISKANDAR PUTERI — Syarikat Ranhill-SAJ akan menghantar bantuan lori tangki air ke kawasan di sekitar daerah Batu Pahat yang terjejas akibat insiden paip pecah di Jalan Kluang-Batu Pahat, pagi tadi.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata pihak Ranhill SAJ juga kini sedang giat […]

KERAJAAN NEGERI KOMITED JAYAKAN JOHOR FAST LANE

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor komited melaksanakan ‘Johor Fast Lane’ bagi menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor berkata, komitmen tersebut dizahirkan kerana konsep ‘fast lane’ yang sudah dilaksanakan di Kulai dilihat berpotensi memberi limpahan ekonomi sekiranya diperluaskan ke Pihak […]

SULTAN JOHOR KURNIA 100 EKOR LEMBU KORBAN SEMPENA AIDILADHA

ISKANDAR PUTERI — DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 100 ekor lembu sempena Aidiladha kali ini. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kurniaan tersebut diharapkan dapat menceriakan setiap penerima. “Merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke bawah DYMM Sultan Johor atas perkenan baginda mengurniakan 100 ekor lembu sempena […]

UTHM TERUS PUPUK KESEDARAN KELESTARIAN ALAM

  ISKANDAR PUTERI — Fakulti Teknologi dan Sains Gunaan (FAST), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus komited dalam memupuk kesedaran masyarakat terhadap kelestarian alam sekitar.   FAST menerusi Jabatan Teknologi dan Sumber Semulajadi (JTS) dan kerjasama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menganjurkan Program “University for Society” (SULAM) di Kampung Hujung Tambak, […]

KERAJAAN NEGERI USAHA KURANGKAN TEMPOH MENUNGGU DI HKT

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri Johor akan menumpukan usaha mengurangkan tempoh menunggu di Unit Kecemasan & Trauma, Hospital Kota Tinggi (HKT).   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon, berkata beliau juga dimaklumkan oleh wakil rakyat setempat yang menerima aduan berhubung isu bahagian kecemasan hospital berkenaan diberi perhatian supaya tempoh masa […]

KERAJAAN NEGERI MAHU JOHOR BERSIH JADI BUDAYA, RUTIN

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor terus komited dalam menggembeling segala usaha melibatkan pelbagai lapisan masyarakat bagi menjayakan program Johor Bersih di seluruh negeri ini, termasuklah Segamat.   Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri menyampaikan dana berjumlah RM59,000 kepada setiap Ketua Kampung dan RM16,000 bagi Ketua Masyarakat di daerah berkenaan.   Menyempurnakan penyampaian dana tersebut adalah […]

INDUSTRI PERABOT MAMPU DORONG PERTUMBUHAN EKONOMI : MENTERI BESAR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri berkeyakinan industri perabot di negeri ini, mampu mendorong pertumbuhan ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, industri berkenaan juga dilihat berkemampuan memperkukuhkan kedudukan Johor sebagai pusat utama terpenting di rantau ini. “Industri perabot di Negeri Johor amat penting dan signifikan kerana daripada RM13.8 […]

RANHILL SAJ KOMITED BEKAL AIR BERSIH DENGAN SEMPURNA AIDILADHA INI

  ISKANDAR PUTERI — Ranhill SAJ Sdn. Bhd. mengaktifkan pelan tindakan bersepadu bagi memantau secara berterusan dan bertindak balas dengan segera gangguan bekalan air bersih terawat menjelang Aidiladha ini.   Syarikat berkenaan dalam satu kenyataan memaklumkan antara langkah yang diaktifkan adalah memastikan anggota Ranhill SAJ kekal bersedia bertugas dalam tempoh 24 jam.   Selain itu, […]